Stranger Things [Netflix Series]

strangers things season 1 poster
Poster Stranger Things Musim Pertama

Musim kedua akan datang tahun depan. Aku baru sahaja tamatkan 8 episod Stranger Things musim pertama dan ianya sangat terbaik. Mind blowing! Tak sabar nak tunggu sambungan drama ini, musim pertama berakhir dengan baik di mana jawapan untuk setiap persoalan terjawab.

Musim kedua Stranger Things akan skip the timeline di mana ianya mengambil tempat setahun selepas kejadian kehilangan Will Byers. Semua watak utama akan kembali untuk watak masing-masing kecuali watak Barbara yang dibunuh di musim pertama. Terdapat juga watak baru yang akan diperkenalkan antaranya watak Max [Sadie Sink] dan abang kepada Max iaitu Billy [Dacre Montgomery - Power Rangers]. Tajuk untuk episod pertama musim kedua pun Madmax. So, maybe kita akan diperkenal kepada watak ini dengan lebih dekat.

Namun, watak favorite ramai iaitu Eleven, masih tidak diketahui nasibnya apabila dia menggunakan kuasa untuk menewaskan the monster pada penghujung musim pertama stranger things. Pelakon watak Eleven, Millie Bobby Brown mengesahkan dia akan kembali untuk musim kedua, cuma bagaimana dia survive masih tidak diketahui.

[Pengumuman Musim Kedua Siri Stranger Things] 

  
Dari youtube video, kita dapat senarai episod untuk musim kedua yang mempunyai 9 episod kesemuanya. Bermula dengan Madmax, The Boy Who Came Back to Life, The Pumpkin Patch, The Palace, The Storm, The Pollywog, The Secret Cabin, The Brain and The Lost Brother.

About Stranger Things Season 1
A love letter to the supernatural classics of the '80s, Stranger Things is the story of a young boy who vanishes into thin air. As friends, family and local police search for answers, they are drawn into an extraordinary mystery involving top-secret government experiments, terrifying supernatural forces and one very strange little girl.

Stranger Things stars Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Noah Schnapp, Natalia Dyer, Cara Buono, Charlie Heaton, and Matthew Modine.

Matt Duffer and Ross Duffer [Wayward Pines, Hidden] serve as writer, directors and co-showrunners of the series, and are executive producers along with Shawn Levy and Dan Cohen via their 21 Laps entertainment banner [The Spectacular Now, Night At The Museum, Real Steel, Date Night]. Shawn Levy also serves as director. Stranger Things is a Netflix original series. 

stranger things season 2
Stranger Things Season 2 Line Up

Satu gambar terbaru untuk musim kedua Stranger Things yang menunjukkan para pelakon di acara table reading. Dari kiri, kita dapat lihat pelakon yang baru menyertai siri ini iaitu Sadie Sink [Max], diikuti oleh Gaten Matarazzo [Dustin], Caleb McLaughlin [Lucas], Finn Wolfhard [Mike], Noah Schnapp [Will], Millie Bobby Brown [Eleven], Charlie Heaton [Jonathon], Natalia Dyer [Nancy], Joe Keery [Steve] dan watak baru Dacre Montgemory [Billy].  

Tak sabar tunggu musim kedua siri ini!

Ulasan