Drama Sesegar Nailofar [2017]

Erwin Dawson dan Aishah Azman.


Drama Sesegar Nailofar juga merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Zaid Akhtar. Drama ini diarahkan oleh Amorizan dan ditunjangi oleh Aishah Azman dan Erwin Dawson sebagai pelakon utama. Drama 13 episod ini bakal ditayangkan di TV1.

Profil Drama Sesegar Nailofar RTM

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Amorizan
Idea Asal : Novel Sesegar Nailofar karya Zaid Akhtar
Penerbit : NS Star Studio
Pelakon : Aishah Azman, Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Kodi Rasheed, Shahriza Mahmud, Fauzan dan Zarina Zainuddin.
Episod : 13 Episod
Siaran : RTM TV1
Tarikh Tayang : 2017

Aishah Azman sebagai Salsabila
Erwin Dawson sebagai Iqbal
Hanna Aqeela sebagai Hazwani

Sinopsis Drama Sesegar Nailofar 2017
- Sumber : goodreads

Puaskanlah hatimu dengan menyumpah-seranahku sehingga hatimu kembali tenang. Kerana setelah engkau tenang, barulah engkau akan memikirkan betapa bukan engkau seorang saja yang menderita dan sakit hati. Tapi aku juga. Dan setelah engkau tenang, barulah engkau akan menyedari betapa bukan engkau seorang saja yang merintih dan terazab dilukai. Aku juga turut sengsara!

Antara pelajaran, perjuangan, dan cinta yang jauh, Iqbal meniti semuanya penuh tertib, penuh cermat. Dan sebagai lelaki, sebagai insan yang paling menguji tentunya adalah cinta. Tiga bulan tanpa apa-apa berita, namun Iqbal masih memegang pada janji. Utusan e-mel misteri membangkitkan tanda tanya - seakan mahu mencurahkan isi hati - siapa sebenarnya Nailofar?

Gambar Pelakon Drama Sesegar Nailofar 2017

aishah azman hanna aqeela
Salsabila dan Hazwani dalam drama Sesegar Nailofar RTM
 
erwin dawson hanna aqeela
Erwin Dawson [Iqbal] dan Hanna Aqeela [Hazwani]

aishah azman salsabila
Aishah Azman sebagai Salsabila

Ulasan