Drama Mr Delicious [2017]

Pelakon drama Mr Delicious; Kila Fairy, Ieda Moin, Guntung Triyoga dan Reen Rahim,

Drama Mr Delicious merupakan drama terbaru yang bakal ditayangkan di siaran HyppTV bermula 16 Ogos 2017 ini. Drama ini membariskan pelakon seperti Azar Azmi, Reen Rahim, Guntur Triyoga, Kila Fairy dan Ieda Moin sebagai pelakon utama.

Profil Drama Mr Delicious HyppTV 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Adlin Abidin
Idea Asal : Novel Mr Delicious karya Merissa
Studio : Dark Wave Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Azar Azmi, Reen Rahim, Guntur Triyoga, Kila Fairy, Nizen Ayob Erwin Dawson, Tony Eusoff dan Ieda Moin.
Episod : 30 Episod
Siaran : HyppTV [Setiap Rabu dan Khamis, Jam 9 Malam]
Tarikh Tayang : 16 Ogos 2017

Reen Rahim sebagai Fina
Ieda Moin sebagai Zita
Kila Fairy sebagai Zara

Sinopsis Drama Mr Delicious HyppTV 2017

Bermula dari zaman sekolah itu, Zita, Zaraa dan Fina semakin rapat dengan Aiman yang mereka gelar sebagai Mr. Delicious. Konflik bermula bila Aiman mula jatuh cinta. Bukan seorang, tetapi dia jatuh cinta kepada ketiga-tiga sahabatnya.

Namun, hadir pula Melina di antara mereka menyebabkan kehidupan sahabat-sahabat itu tambah huru-hara. Apakah Aiman si Mr. Delicious terpaksa memilih Melina demi menjaga hati ketiga-tiga mereka?

Siapakah yang berjaya merebut hati Mr. Delicious dan apakah ada di antara mereka yang bakal berputih mata? Nikmatilah kisah persahabatan dan percintaan Mr. Delicious bersama gadis-gadis di sampingnya dari Kuala Lumpur sehingga ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

Poster Drama Mr Delicious HyppTV 2017

Poster drama Mr Delicious 2017

Gambar Pelakon Drama Mr Delicious HyppTV 2017

 
Guntur Triyoga dan Reen Rahim

Ulasan