Drama Cik Serba Tahu [Astro Ria]

remy ishak sari yanti
Watak utama drama cik serba tahu ialah Sari Yanti dan Remy Ishak

Drama terbaru 16 episod bertajuk Cik Serba Tahu ini bakal dilakonkan oleh Sari Yanti dan Remy Ishak sebagai teraju utama. Drama ini bakal disiarkan di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.

Drama arahan Shuhaimi Zulkefli ini pada awalnya bakal dilakonkan oleh Mira Filzah dan Fattah Amin. Namun disebabkan percanggahan jadual pengembaraan, kedua artis tidak dapat melibatkan diri dalam drama ini dan diganti oleh pelakon lain.

Ako Mustapha pun ada berlakon dalam drama ini. Reaksi positif diberikan oleh peminat kerana sudah lama kan tak nampak Ako Mustapha dalam mana-mana produksi drama atau filem. Jangan lupa nanti saksikan Cik Serba Tahu ye!

Profil Drama Cik Serba Tahu

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik / Drama
Studio : Orangetree Production Sdn Bhd
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Idea Asal : Novel Cik Serba Tahu karya Syamnuriezmil
Pelakon : Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, Iedil Puta, Liza Othman dan Ako Mustapha.
Episod : 16 Episod 
Saluran : Astro Ria dan Astro Maya HD
Tarikh Tayangan : 27 Mac 2017

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu [Novel]

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa?

Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan. Awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? 

Gambar Pelakon Drama Cik Serba Tahu

ilya buang sari yanti
Sari Yanti [watak Aerna] bersama dengan Ilya Buang sebagai ayah Aerna

remy ishak zarul umbrella
Remy Ishak dan Zarul Umbrella dalam drama Cik Serba Tahu
A photo posted by Ako Mustapha (@akomustapha) on

Teaser Drama Cik Serba Tahu 2017

Ulasan