Drama Mandatori [2017]

iedil putra aeril zafril siti saleha
Dalam pengembaraan Drama Mandatori lakonan Siti Saleha, Aeril Zafril dan Iedil Putra.

Drama Mandatori merupakan sebuah drama yang diangkat dari sebuah novel hasil tulisan penulis novel thriller terkenal tanah air iaitu Ramlee Awang Murshid. Selepas novel Tembiruo yang bakal dijadikan filem, kali ini novel Mandatori dipilih untuk diangkat ke layar televisyen melalui siaran Astro First Esklusif. Nantikan update drama Mandatori ini.

Profil Drama Mandatori Astro First 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama Thriller
Pengarah : Razaisyam Rashid
Idea Asal : Novel Mandatori karya Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Ideate Media
Pelakon : Aeril Zafril, Siti Saleha, Iedil Putra dan Yeop Helmi.
Episod :
Siaran : Astro First
Tarikh Tayang : 

Sinopsis Drama Mandatori Astro First

Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Gambar Pelakon Drama Mandatori Astro First

aeril zafril
Aeril Zafril

iedil putra
Iedil Putra

siti saleha
Siti Saleha

Ulasan