Servis dan Masalah kereta Saga FLX [Rujukan]

Cermin Kereta Retak Seribu? 

cermin kereta retak

Bila mak pesan jangan parking kereta bawah pokok pelam tak nak dengar, kan dah kena!

Pergi ke kedai pasang cermin depan rumah aku ni, tanya harga cermin ori 2 layer - RM280, ada yang local tapi aku rasa baik ambik yang ori. Tuan kedai pun kata yang ori lagi terjamin. Insurans cover cermin pun tak ambik, so melayang la duit teman. Tambah harga gam dengan harga upah pekerja, semua sekali kena RM400. Agak murah berbanding kedai lain yang aku tanya lepas tu. Takde masa nak survey pada hari kejadian sebab esok harinya aku dah nak kena gerak ke Penang. Nak tak nak, memang kena buat.

Alhamdulillah semua dah baik dan aku pun dah sampai penang dengan selamat! Sekarang kena pergi tinted kereta pulak. Tunggu gaji masuk dulu la jawabnya. Hahaha.
 
Kereta Berbau Petrol

-update pada 6/11/2016

Dalam beberapa hari ini, kerata aku akan mula berbau petrol apabila dibiarkan mati. Senang kata, bila enjin dihidupkan memang takde bau. Aku pun check la bahagian enjin kereta, memang sah dah bocor. Boleh nampak kesan-kesan minyak hitam dan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan dalam kereta. Oleh sebab aku tidak pandai nak settlekan sendiri, terpaksalah keluarkan wang simpanan untuk baiki.

Bila dibawa ke bengkel, mekanik kata kena tukar gasket head / gasket oil. RM110 semua sekali termasuk upah bukakan enjin dan ganti alat. Minyak hitam pun kena tambah baharu sebab yang lama banyak dah keluar.

Keadaan dalam silinder head cover

Break Disk Dah Nipis

- update 17 Januari 2017

Harini pergi tukar dua tayar hadapan sebagai persediaan perjalanan jarak jauh bakal ditempuh sempena Cuti Raya Cina nanti. Sebenarnya dah lama agak haus tayar kereta aku ni, tapi memandangkan aku hanya gunakan untuk pergi tempat kerja sahaja, malas nak tukar lagi.

Masa buat alignment, Abang mekanik tu panggil aku dan inform yang chamfer kereta aku dah lari, kena tukar bolt dekat bahagian break disk tu. Aku setuju sahaja sebab harga tak berapa mahal dan minta dia check kan sekali break disk sebab aku belum pernah tukar lagi. HAha. Takde bunyi dan break pun ok je waktu pakai.

Abang mekanik tu cadangkan aku tukar break disk sebab dah nipis. Satu set harga RM300 lebih. Memandangkan aku baru je tukar tayar kereta ni, lain kali lah ye! haha. Memang kena tukar ni, dulu aku pernah buat skimming, tapi abang mekanik tu kata baik tukar kali ni disebabkan kereta aku pun dah lebih 100,000 KM. Kalau skimming pun, mungkin tak dapat bertahan lama.

Power Steering Fluid dan Conditioner

Power Steering Fluid
- Update 22 March 2017

Aku pergi servis kereta lagi. Kali ini mekanik kata steering power fluid kena tukar. Aku mintak dia tolong check sekali lagi dan memang dah jadi metallic [ketulan hitam] pun aku punya minyak power steering. Jadi aku setuju untuk tukar. Masalah aku tak tahu harga barang ini. Sampai sekrang aku belum tahu sebab dah banyak tempat aku check still tak jumpa info pasal Wynn's Power Steering and Conditioner [Produk US] ini. Aku kena charge RM120 semua sekali termasuk upah untuk flush the old oil dan tukar dengan minyak power steering yang baru. Lagipun aku selalu ke workshop yang sama untuk servis dan setakat ni memang puas hati la dengan perkhidmatan mereka.

*Aku baca di satu forum yang seorang pemilik kereta kena charge sama harga dengan aku RM120 untuk power steering ini. Tapi itu tahun 2009. 

Tukar Casing Kunci Kereta 

Satu lagi masalah kereta aku yang dah lama membelenggu adalah pasal kunci kereta. Aku sebenarnya dalam proses mencari kedai kunci untuk buat spare key. Spare key lama dah hilang semasa aku jaga site Johor lagi. Kunci yang aku pakai sekarang pun guna dah rosak casing dia. Banyak kedai aksesori aku tanya, memang takde provide. Jadi, aku minta tolong kenalan aku, sebab dia orang Penang. Dia memang dah tahu kedai mana yang ada [Kedai kunci yang besar-besar selalu provide]. Senang kerja aku, tinggal nak pass kunci sahaja. Kalau buat spare key, aku kena bawa kereta sekali pergi ke kedai. Aku pilih untuk tukar casing remote kereta sahaja dahulu. Itu pun kena charge RM40.

Nanti dah ada modal, boleh la buat kunci spare. 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bro..tuka cermin tu kt mana ye..boleh bg contact dan alamat x
fahmi 0136353002
Azuan berkata…
Tukar cermin dekat ajil terengganu... x ade pulak contact tapi bengkel sebelah kilang nstp ajil... bangunan warna kuning tu..
Kuala Lumpur atau Petaling Jaya boleh cari kedai cermin kereta ini.

Murah dan berpengalaman.
Semua Insuran cermin boleh claim di sini.

https://www.cerminkereta.my

https://www.autoglass.com.my