Drama Sayang Papa Saya Tak? [Astro Ria 2017]

hisyam hamid emma maembong
Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai Farish dan Raisya dalam drama Sayang Papa Saya Tak?

Update : Tarikh tayangan pada 9 Januari 2017 di Astro Ria, setiap isnin hingga khamis jam 10.00 malam.

Drama terbaru terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd bakal bersiaran di Astro Ria tahun hadapan [jangkaan pada bulan Februari] bertajuk Sayang Papa Saya Tak? Masih bertemakan kahwin paksa dan adaptasi dari sebuah novel karya Hanni Ramsul dengan tajuk yang sama.

Pelakon utama drama ini adalah Hisyam Hamid yang memegang watak Farish dan Emma Maembong yang memegang watak Raisya. Selain mereka berdua, drama ini turut dibantu oleh pelakon seperti Izara Aishah, Sweet Farhana, Luqman Hafidz dan Syafiq Nazri.

Profil Drama Sayang Papa Saya Tak? Astro Ria

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Adaptasi : Novel Sayang Papa Saya Tak? Karya Hanni Ramsul
Pengarah : Amie Maziah Abdul Rahman
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Episod : 16
Tarikh Tayangan : Februari 2017
Siaran : Astro Ria
Pelakon : Hisyam Hamid [Abang Bomba I Love You], Emma Maembong [Nasi Minyak Kuah Cinta], Izara Aishah [Cinta Masam Manis], Luqman Hafidz, Sweet Farhana [Cinta Masam Manis] dan Syafiq Nazri.

Adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak?


Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak? 2017

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Update Sinopsis Panjang Drama Sayang Papa Saya Tak?

Drama Sayang Papa Saya Tak mengisahkan tentang seorang gadis yang agak mata duitan bernama Raisya. Dia melarikan diri dari sebuah rumah anak yatim kerana tidak mahu menyambung pelajaran. Untuk menampung kehidupannya Raisya bekerja sebagai seorang pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Raisya memang cekap menguruskan Qalish yang merupakan anak kepada Farish.

Ibu Farish begitu tertarik dengan kecekapan Raisya menjaga Qalish sehingga dia nekad untuk menyatukan Raisya dan Farish. Kebetulah Farish sering murung setelah kematian isteri yang merupakan ibu kepada Qalish. Raisya bersetuju untuk berkahwin dengan Farish, lebih-lebih lagi kerana dia turut menerima RM 100,000 sebagai imbuhan.

Pada Farish, isteri barunya itu adalah seorang mata duitan. Namun bagi Raisya dia tidak peduli apa sekali tanggapan Farish kepadanya. Duit RM 100, 000 itu terlalu bermakna untuknya kerana dia ingin menyumbangkan semuanya kepada rumah anak yatim yang pernah menjadi rumahnya dulu.

Perkahwinan antara Farish dan Raisya membuatkan Farish mula mengenali sikap sebenar Raisya dan masing-masing mula saling jatuh cinta. Namun kebahagiaan yang baru dikecapi mula goyah dengan kehadiran Azyan yang merupakan kawan baik kepada arwah isteri pertama Farish dan juga Aleya yang merupakan bakal tunang kepada adik kembar Farish yang bernama Fakhrul.

Apakah Raisya akan bahagia disisi Farish atau kehadiran Azyan dan Aleya akan menghancurkan kebahgiaan tersebut.

Gambar Drama Sayang Papa Saya Tak? 2017

emma maembong
Emma Maembong

emma maembong
Emma Maembong

emma maembong
Emma Maembong
emma maembong
Luqman Hafidz

Teaser Drama Sayang Papa Saya Tak 2017

Ulasan