Trailer dan Poster filem Volkswagen Kuning

filem volkswagen kuning
Poster filem Volkswagen Kuning terbitan MIG

Filem seram baru terbitan MiG akan menggunakan cerita seram rakyat yang berkaitan dengan sebuah kereta yang tiada pemandu. Dikatakan kalau anda menemui kereta ini, jangan lah dipotong kerana ianya menimbulkan kemarahan kepada jin/hantu/syaitan yang bertandang.

Pelakon utama bagi filem Volswagen Kuning adalah Pekin Ibrahim dan Atikah Suhaime. Mereka berdua dibantu oleh barisan pelakon lain seperti Shahronizam, Mak Jah, Dayang Areeda, Hanif Safuan, Azman Hassan dan Aida Othman.
 
Sinopsis filem Volkswagen Kuning; mengisahkan Fuad (Pekin) dan Sarah (Atikah) yang baru sahaja bertunang berniat untuk melawat keluarga Fuad di kampung. Dalam perjalanan pulang, mereka mahu singgah di sebuah kedai makan yang popular namun mereka tersesat dan bertembung dengan sebuah kereta Volskwagen Kuning.

Filem arahan Shadan Hashim dan terbitan MIG pictures ini bakal ditayangkan pada 22 September 2016. Boleh tengok trailer Volkswagen Kuning ini kat bawah;

Ulasan