Guardians Of The Galaxy Vol 2 Movie Poster Dengan Watak Mantis

guardians of the galaxy 2 movie poster

Marvel baru sahaja mengeluarkan poster (concept art) terbaru untuk filem superhero Guardians of The Galaxy Volume 2. Semua karektor dari filem pertama ada; Drax the Destroyer, Groot, Yondu, Star Lord, Rocket, Nebula dan Gamora. Eh! Macam terlepas sorang. Satu karektor baru yang akan diperkenalkan dalam next movie pun ada diselitkan sekali, Karektor alien bertanduk - Mantis yang akan dilakonkan oleh aktress Pom Klementieff.


Kalau terperasan, boleh tengok Groot dalam versi budak kecil - seperti yang diketahui Groot kembali semula ke bentuk bayi apabila dimusnahkan oleh Ronan dalam filem pertama. Dikatakan watak groot ini sangat berlainan dengan watak Groot dalam filem pertama kerana Watak Groot ini masih mentah dan belum banyak pengalaman. Mungkin Groot boleh bercakap perkataan lain selain "Groot" aje. Haha.


Lambat lagi filem ni nak keluar wayang - 5 May 2017. Itu pun kat US sana - kat Malaysia ni tak tahu la bila. Dengar kata Sylvester Stallone pun akan join jugak filem ni? Kena tunggu update dari pihak Marvel dulu baru confirm. Selalunya khabar angin aje.

Ulasan