Pontian : Penghujung Benua Asia

salam. aku sekarang berada di sebuah restoran milik aliff kot sebab nama restoran ni restoran aliff. asyik lepak sini sebab ada wi-fi free dan berdekatan dengan tapak kerja aku. memang terbaik! kalau ada masalah dekat 'site', terus pergi sana. kerja kali ni sangat simple iaitu membuat tapak di atas tempat buangan sampah  untuk dijadikan kawasan penjanaan tenaga solar. 

tapi kerja aku bahagian geoteknikal sahaja seperti jaga cerun dan pembinaan longkang kawasan tu. kalau rasa buat longkang tu senang, sila tengok sekali macam mana proses nak buat! haha. tapi disebabkan aku konsultan, maka kerjanya tangkap gambar aje. kahkah. 

gambar cilok sini : selagi ku bernafas



nanti-nanti lah tangkap gambar sendiri. sekrang kena fokus kerja! tapi sempat update blog. haha.

walaupun aku pernah sampai benut - sebelah je pontian ni! tapi aku baru je tahu yang kenyataan bahawa pontian tu sebenarnya penghujung benua asia. wa! cam hebat je bunyinya. tapi sebenarnya ada banyak pokok bakau aje. kahkah! cantik tempat ni, lagi-lagi time matahari nak terbenam. kalau bosan, boleh lepak tepi pantai dengan angin yang sangat menghembus - hilang sikit bosan!

assalamualaikum.

Ulasan

farhanaDr berkata…
Ouh. Ada kerja kat sana ke? Selamat menjelajah Johor Bharu. Hehe. :)