The Ugly Truth!!

Salam.

Baru je habis tengok cerita The Ugly Truth, memang sempoi cerita ni tapi pelakon perempuannya amat amat tak best! Tak tau kenapa macam ada yang tak kena ke aku ni memang sejak azali tak suka Katherine Heigl. Mungkin dia sesuai jadi doktor (Grey atonomy) lagi kot. Alangkah bagusnya jika Megan Fox yang berlakon haha. Satu lagi cerita memang melampau sikit unsur lucahnya. Peringatan budak bawah umur tak boleh tengok!! Macam aku dah cukup umur je huhu. Ok. layan snapshot sikit!





Snapshot apanya, dari awal sampai akhir muka mereka berdua je aku nampak huhu. Gerard Butler dengan Katherine Heigl.

Cerita nie menunjukkan yang manusia tak kira lelaki atau perempuan sebenarnya tak tunjukkan sifat sebenar diorang bila berjumpa dengan kekasih idaman diorang. Erti kata lain berlakon. Betul ke? Tapi kalau berlakon tak susah ke bila dah berumahtangga nanti.

Masa bercinta : Pijak semut pun tak mati.
Dah Kahwin : Gajah pun mati kena pijak.

Masa bercinta : Janji pukul 9, pukul 7 dah terpacak tunggu si buah hati
Dah Kahwin : Kata pukul 10, pukul 11 baru nampak batang hidung

Masa Bercinta : Kau la putera/puteri yang ditatang bagai minyak sapi (lupa lol!!)
Dah Kahwin : Minyak dengan air pun boleh bercampur.

Masa Bercinta : Ayang! Ayang!
Dah Kahwin : Taiklah kau ni!

Masa Bercinta : Sms pagi petang siang malam.
Dah Kahwin : Lupa lah Hp letak mana.

Jadi kesimpulannya, Aku tak percaya cinta~~ ( sila ikut gaya gedik liyana jasmay!)

Hehe. Jangan dilayan kesimpulan kat atas tu, aku pun tak tahu kesimpulan dia ape. Sapa-sapa boleh tolong beritahu.

notakaki : Jangan pernah percaya 100% dekat kekasih hati korang selagi belum bergelar suami/isteri.

notakaki2 : Cerita apa yang best ye! Dah kebuntuan idea mahu download cerita apa...

Salam.



Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

sharamli berkata…
kalut nak tgk cita...study weh
balqissy berkata…
layan bleach sudeyh... hahah
arque berkata…
aku layan greys je.
Atiqah berkata…
hoho sempat lg tgk cite mse exam..sgt confident
imHepPie berkata…
haha..yg sblum n slpas kawin tu ko ke
aku suka nota kaki ko..memg btul tu..huhu..
kawie2020 berkata…
jgn benci cinta...
mamai berkata…
masa bercinta semuanya indah kala kecewa kenapa marah-marah
cik ian@aH Lian~ berkata…
sukerla...
katherine heigl.
comel.
bungacahaya berkata…
Adek-adek...

Sila jgn tgk citer lucah. Hohohohoho...

Salam singgah.
Tanpa Nama berkata…
huhu
nk tgok gak ugly truth tuh...
kamo dwnload kt mne ek??
cahayachenta berkata…
camne la ko blh tak suka dia... tp dlm citer ni aku pn tak suka dia.. gile ganas la 1 babak tu.. tah apa2..

aku lg suka wktu dia berlakon dlm 27 dresses... best gilo la..

ko nak layan citer apa yer??? layan la vampire diaries.. best.. malatop...
p.i.n.a.t. berkata…
aku suke cite neh!
Ayu berkata…
nk donlod la citer nih sbb ada unsur kelucahan melampau.. haha..
Tanpa Nama berkata…
memang dah azali sifat manusia bercinta
tak boleh nak kata apa ler kan
farae berkata…
uh...cambest je?mesti tgk!
Watierman berkata…
Salam Anakanda Bonda yg enjoy menonton...masa exam week!!!!Apa2 pun...Bonda & Ayahanda sampai sekarang ni masih bersayang2...dan berpegangan tangan bila berjalan walaupun bersama anak2...Moral of the story..to accept the person as your partner...just the way he / she is..the minute you started to know him/her.Just be yourself...nothing to hide...don't expect to change your partner..lepas kawin...terima seadanya!!!

Dah, study Nak ooooiiii!!!
Tanpa Nama berkata…
elele ye la tu ko tu t tgk ko bcinta cmne t hahaha....anati
chokio_nia berkata…
yeke tak caye??pas kawen pon tade cinta ah??kental2..