Drama 7 Hari Mencintaiku [Akasia TV3]

siti saleha shukri yahaya
Shukri Yahaya dan Siti Saleha dalam drama 7 Hari Mencintaiku.

Drama 7 Hari Mencintaiku ini bakal ditayangkan di TV3, slot akasia juga merupakan adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Tarikh tayangan masih belum pasti namun dikatakan bermula pada bulan November menggantikan drama cinta masam manis.  Drama ini bakal diterajui oleh dua pelakon hebat iaitu Shukri Yahaya dan Siti Saleha.

Profil Drama 7 Hari Mencintaiku

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Episod : 28 Episode
Studio : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
Karya Asal : Siti Rosmizah
Pengarah : Jamal Khan
Skrip : Rozie Rashid dan Ainaa Hanez
Penerbit Eksekutif : Muhamad Haiqal Mazelan dan Muhamad Haziq Mazelan
Penerbit Bersekutu : Siti Rosmizah dan Mazelan Zainol Abidin
Pelakon : Shukri Yahaya [Surf This Love], Siti Saleha [Bala Pencinta], Wan Sharmila [Mat Moto Otai], Shazwan Zulkifli, Zila Bakarin, Zarynn Min, Faye Kusairi [Tombiruo] dan Ungku Hariz.
OST : Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah
Siaran : Slot Akasia TV3

[Lirik Video Lagu Lelaki Teragung]


[Opening Montage Drama 7 Hari Mencintaiku - No Sound]

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku [TV3 Akasia]

Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung.

Poster Drama 7 Hari Mencintaiku

- Drama ini akan mula ditayangkan di slot akasia TV3, bermula 7 November 2016.

poster drama akasia tv3
Poster Drama 7 Hari Mencintaiku
 

Ulasan