Trailer, Sinopsis dan Poster Movie Headshot Lakonan Iko Uwais

headshot film poster
Poster Filem Headshot

Terbaik lah tagline filem ini "They should have killed him". 

Kalau sebut nama Iko Uwais, memang tak dapat dinafikan filem The Raid and The Raid 2 : Berandal adalah antara filem aksi terbaik dekad ini. Koreagrafi aksi yang memang hebat! Jadi filem terbaru Iko Uwais ini memang dinantikan oleh para peminat.

Headshot baru sahaja release trailer pertama mereka dan ianya mendapat sambutan hebat dari seluruh peminat filem aksi. Kalau kamu sukakan filem lakonan Iko Uwais sebelum ini, boleh tonton trailer ini kat bawah:

 [Trailer filem Headshot lakonan Iko Uwais]

Dari segi jalan cerita, rasanya memang cliche filem aksi - who am i [jackie chan], jason bourne [matt damon] dan banyak lagi filem aksi yang gunakan tema amnesia ini. Walaubagaimanapun, dengan aksi yang dipaparkan memang membuat aku excited untuk tengok apa yang bakal terjadi.

Filem headshot ini diarahkan oleh Kimo Stamboel dan Timo Tjahjanto, hasil tulisan skrip oleh Timo Tjahjanto. Selain Iko Uwais, pelakon yang terlibat adalah Chelsea Islan, Sunny Pang, David Hendrawan, Very Tri Yulismann, Julie Estelle, Zack Lee dan Epy Kusnandar.

Sinopsis Filem Headshot

Seorang lelaki [Uwais] yang tidak diketahui identitinya terbangun dari koma tanpa sebarang ingatan. Lelaki ini dijaga oleh seorang pelajar perubatan bernama Ailin [Chelsea Islan], yang memberi nama Ishmael kepada lelaki tersebut. Ternyata sejarah lampau Ishmael datang mengejar dia, Lee [Sunny Pang] seorang kepala gangster dan pengedar dadah mahukan Ishmael. Lalu dia menculik Ailin. Maka, bermulalah perjalanan Ishmael dalam menyelamatkan Ailin dan menyingkap kembali memori dirinya yang telah hilang.

Movie headshot bakal ditayangkan pada  16 Disember 2016 di Indonesia. Tarikh tayangan di Malaysia belum pasti, mungkin juga tidak ditayangkan seperti The Raid 2; Berandal. Kita tunggu update ye!

Update Trailer ke-2 Headshot Movie


- About Headshot - I will find you movie : Uwais plays a young man who washes ashore, an amnesiac with a serious head injury whose past comes back to haunt him shortly after being nursed back to health by a young doctor. Violence ensues. Sweet, sweet violence.

- Terbaik la trailer ni; editing dan fight scene memang first kelas!

Ulasan