Watak utama filem Surf This Love - Shukri Yahaya [Billy] dan Christina Suzanne [Mia] |
Selain Shukri Yahaya dan Christina Suzanne, filem Surf This Love ini turut dibintangi oleh Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Farid Kamil, Ardell Aryana, Beto Khusyairi, Mustakim Bahadom dan Mimi Ernida. Filem ini diarahkan oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hussain dan idea asal oleh Khairul Kiasan.
Sinopsis Filem Surf This Love
Billy bekerja dengan kakaknya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy
sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat
sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang
juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan
Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan
luncur ombak, turut menjadi idola Billy.
Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.
Cerita ini bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk membuat liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia. Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board.
Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billy.
Billy lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billy yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billy dalam sukan surfing walaupun Billy sering gagal. Bagi Billy pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.
Shukri Yahaya dengan krew filem Surf This Love |
Mustakim Bahadom sebagai Bobby |
Pekin Ibrahim sebagai Jimmy |
Ardell Aryana sebagai Lia |
Josiah Hogan sebagai Mike Malaya |
Tarikh tayangan filem ini dikatakan pada awal tahun hadapan, tarikh sebenar belum pasti. Kalau nak tengok lebih banyak gambar behind the scene, boleh ke facebook page filem ini - pautan.
Ulasan