Trailer Pertama untuk Justice League Part 1


Selepas Batman vs Superman ditayangkan, ramai yang komen bahawa filem itu terlampau berat dan martha jokes boleh dilihat di mana-mana post berkaitan dengan BvS. Bagi aku, aku sukakan apa yang cuba di bawa oleh Zack Synder sebab kebanyakkan filem superhero memang selalunya agak santai dan banyak punchline hingga merosakkan filem tersebut (baca: avengers 2). Jadi BvS ini kira lain dari yang lain. Ececcece!

Dah tengok belum trailer baru Justice League ni, tu tengok kat video atas tu. Terbaik!

Trailer pertama yang dikeluarkan ini memang menunjukkan perubahan ketara terutama watak Batman yang dilakonkan oleh Ben Affleck. Suara Batman tu still maintain, tapi Batman pun dah ada punchline sendiri. Watak Aquaman (bukan Wolverine ok!) yang dilakonkan oleh Jason Momoa pula yang nampak mempunyai sisi gelap dan juga salah seorang yang direkrut oleh batman dan wonder women untuk sertai Justice League.

Kita juga boleh tengok batman yang cuba rekrut the flash lakonan Ezra Miller. Lebih kurang masa Tony Stark rekrut spiderman dalam civil war movie. Aku rasa watak the flash akan jadi comic relief dalam filem Justice League ni nanti. Cyborg pulak tak tahu la macam mane boleh terlibat sekali dalam Justice League ni, kena tunggu dan lihat.

Masih takde apa-apa info berkaitan Superman dalam trailer ni. Seperti yang diketahui, Superman dah pun ditanam hidup-hidup dalam BvS. so, memang ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada watak Superman lakonan Henry Cavill tu.

Kat bawah ni merupakan gambar pertama dikeluarkan kepada umum untuk promosi filem Justice League. Justice League part 1 bakal ditayangkan pada November 2017 dan Justice League part 2 akan ditayangkan pada Jun 2019.

justice league poster
Justice League Part 1 - The Flash, Superman, Cyborg, Wonder Women, Batman dan Aquaman.

Ulasan