Review Skyfall 2012 James Bond Movie

salam. selepas Casino Royale dan Quantum Of Solace, Daniel Craig kembali sebagai agen 007, tapi kali ni situasi lebih personal kerana musuh utama merupakan bekas agen MI6. Tak dapat dinafikan yang jalan cerita untuk franchise bond lakonan Daniel Craig - Skyfall adalah yang terbaik!

Skyfall 2012 James Bond Wallpaper
Daniel Craig nampaknya dah makin berusia - 44 tahun kot! Jadi masa awal-awal ditunjukkan yang Bond agak kurang cerdas tapi semangat untuk negara membuat james bond ni kuat melawan si penjenayah. Aku sukakan aksi kejar mengejar di Istanbul di awal-awal filem ni. Sangat menarik berbanding cerita Taken 2 di Istanbul. Harap-harap Filem Istanbul Aku Datang nanti cantik filemnya!

Scene lain yang best ialah masa di Skyfall, gila lah masa helikopter langgar rumah tu!

Skyfall 2012 james bond wallpaper
Watak si penjahat yang kelihatan ganas tapi macam biasa ada masalah psikologi yang amat ketara apabila rasa dirinya dikhianati oleh M. Dia datang untuk mengambil nyawa M secara terangan tanpa berselindung - tapi telah membuat rancangan rapi selamat lebih 2 tahun. Scene dia kena tangkap masuk dalam tube kaca tu rasa macam sama pulak dengan scene Loki dalam Avangers masa kena tangkap first time.

Javier Bardem sebagai Silva memang terbaik cuma macam lembut hati sikit. Banyak gila peluang nak bunuh Bond dengan M, tapi sibuk pulak nak borak ngan explain panjang-panjang. 

skyfall 2012 james bond wallpaper

Sikit Quote dari filem skyfall;

James Bond: Everybody needs a hobby... 
Silva: Whats yours? 
James Bond: RESURRECTION...

James Bond: A radio and a gun. Not exactly Christmas, is it? 
Q: You weren't expecting an exploding pen, were you?
  
James Bond: 007 reporting for duty. 
M: Why didn't you call? 
James Bond: You didn't get the postcard?
  
 Ranking : 7/10 
selamat menonton.

Ulasan

Normah berkata…
Kawan sy ada muka mcm agent 007 ni. Hensem.