Video Robot Membeli Makanan! Perkembangan Teknologi, Manusia Semakin Malas!!
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
salam. selamat bercuti di hujung minggu. lepas adjust-ubah-godek kod-kod html dalam blog, aku baru puas hati dan baru rasa nak update entri baru. kalau kerja mengadjust-mengubah-menggodek tak jadi memang tak puas hati dan mood nak update terus mati. wakaka.
tajuk entri pun dah menunjukkan yang aku ni nak tunjuk satu video yang aku jumpa dan aku rasa agak cool jugak la, bila satu robot yang dikawal oleh manusia pergi membeli makanan. bukan main ramai lagi orang yang teruja dan rakam video robot nie. hehe.
kalau tengok video ni, robot nie tak canggih dan mantap macam robot dalam filem 'i robot' atau 'terminator'. bulan tujuh tahun ni, keluar citer transformer terbaru yang pasal robot jugak.hehe.
robot dalam video nie, designnya simple dan tuannya hanya menggunakan robot ni untuk tugasan-tugasan yang sepatutnya dilakukan dengan mudah oleh manusia normal dan sihat walafiat. jadi, satu implikasi yang teruk terhadap manusia akibat kemajuan teknologi ialah manusia makin malas. sebab tu, penyakit obesiti semakin meningkat terutama di Malaysia. mana taknya, hari-hari makan ayam 'fast-food', kerjanya malas, bersenamnya malas. hasilnya, lelaki tak sampai umur 30 dah mengandung anak kembar. hehe.
jadi, rajin-rajinlah bersenam / bersukan / bekerja / belajar / bersembahyang / bermenung / berblog / berfacebook / bertenang / berkahwin / berpuasa / ber... dan ber... dan ber... lagi . wakaka.
Ulasan
Setakat nak beli scone tuh nak guna robot? Sangat lah pemalas tuan nye..
Tapi kalau tuan robot tuh memang tak terdaya nak berjalan dah, dimaafkan jugak lah kan..
Setuju dengan fakta Azuan, manusia mmg akan menjadi semakin malas bila teknologi semakin maju.
Harap-harap, kalau teknologi dah semakin semakin maju di Malaysia, rakyat Malaysia masih rajin nak berjalan-jalan. Hehehe.
Bersemangat sebab tiba-tiba nengok ada Kazehaya Shota..
Hihi..
:p
try tengok vid yang diorg wt tangga kt subway mcm piano..rmy org nak naik tangga berbanding eskalator~