Akibat Download Nur Kasih !!

Salam.

Di saat mata cuba untuk melihat peta-peta dan gambarajah yang tak terkira banyaknya, di ketika otak cuba memahami perkataan-perkataan geologi yang jarang didengari. Oregeni, metabasit, silur contohnya. Mata yang segar bugar tetiba hampir tertutup dan kepala bergoyang ibarat seorang rockers terkenal...haha

Kan best kalau boleh tidur sambil belajar..mungkin satu hari nanti ada teknologi yang membolehkan belajar sambil tidur. Alangkah bertuahnya budak zaman akan datang huhu.

sampai ke Scotland aku malam ini. Oh! nota kuliah mengatakan tempat
kajian itu terletak di Scotland. Jadi imiginasi melampau telah membawa
aku ke sana hihi.


Dalam kemengantukkan aku tadi, terjalan-jalan di blog sana sini tanpa kawalan dan arah tujuan. Mencari sedikit gambar geologi yang bewarna untuk dijadikan rujukan. Rajin kah aku?

Namun nafsu serakah menguasai diri apabila ternampak satu blog memberi link untuk aku mendownload cerita hangat di Malaysia masa kini, Light Of Love..Nur Kasih la...huhu Tanpa tak sengaja tertekan butang download episod 1. Dalam setengah jam menunggu untuk mendownload, semangat belajar datang dalam diri. Lantas tangan dengan tidak sengaja lagi menekan episod 2, 3, 4 dan 5.

Akibatnya!! Hanya setengah jam sahaja aku belajar (itu pun sebab tunggu download episod 1 ) lagi 4 jam aku habiskan kelima-lima episod Nur Kasih. Aku menangis dalam ketawa huhu.

Jom layan Nur Kasih. Download sini (gerenti boleh ) dan sini (tak cuba lagi ) dan sini (gerenti menyesal )..

notakaki : tertanya-tanya perlukah aku habiskan Nur Kasih dahulu. Teruja nak tahu kisah Adam dan Nur Aminah.

Salam.

Ulasan

hasni berkata…
nak tahu kisah nur ameena??/
sy free mlm ni jd sy bolehla melalut di ruang komen ini(tipu,padahal xbaca buku lafi:-p..haha)

nt,c catrina tu mati sbb penyakit otak ke apa tah...pahtu,nt c adam pegi mumbai n kbtln ada serangan pengganas..kunun2 dia hilang la..lama jgak..dkt 6 bulan...c sara plak cucuk jarum...berantakan la umah tngga c aidil n liya...pahtu,nt c aidil ni nak khwn dgn nur amena..tp nur amena xnak..dia tnggu adam

endingnya??
mestila epi ending kan..kalu x,mari sm2 tembak kabir batia..hehe

sekian karutan saya..terima kasih
Atiqah berkata…
uishh sempat lg tu..sy ni pun x de kejadah dok buka blog je kejenye..proposal tesis nk kna anta sok ni..sempat lg tu merayap blog org..
Dah tau dah kesudahannya si adam dan aminah.. Heehee.. Sila2 download ye.. Slamat mnonton encik azuan.. Heehee.. ;p
joegrimjow berkata…
housemateku kipas susah mati
huuu
Jard The Great berkata…
jauhnya ko berangan.. ahaha
Watierman berkata…
Bonda pun nak ikut sama gi Scoltland...bukan pa nak temankan Anakanda...kaji segala...kalau Bonda tak ikut..kau dah habis kaji...semua episod Nur Kasih...napelah Dak Azuan ni....belajar sambil main2...!Agak2..Along anak Bonda pun macam ni gak kan!@@@!!
cik husna berkata…
perggh..smpt lg..bgus2..ngeee~~
Tanpa Nama berkata…
peminat nur kasih upenyer~~~
besh gak..
kekadang aku layan kan jugak
dude! pe kata komen ko ni ko pop up window..senang sikit nk komen..
gi kat seting ea..
dya berkata…
meh cni link...nk download jgk..hehe
green berkata…
waa..
xleh2..
nanti ak pekse ak jawab amina..adam je kang..
khasyikelvin_ berkata…
hahaha imaginasi
membawa kamu jauh sampai ke
Scotland ya?
uhuk2..
norMAzuan MUstafa berkata…
harus habiskn..nnti klu x hbiskn jiwa x tenteram lak...hahahaha
Tanpa Nama berkata…
best la study geo
sy suka hafal istilah pntg time sek mengh
hehehe
kawie2020 berkata…
peminat nur kasih gak yer ko nih..hehehehe
sharamli berkata…
baek xyah tgk...ketagih nnt...kang peksa p0n d0k bayang mua nur..
eh jap..k0 suka sarah kan dlm cite ni...kn3
niaharaf berkata…
habiskan nur kasih!!haha.best ooo
pudding pie berkata…
minat jgk cter nie, tapi tak tgk lg dah
pas exam kowt bru balun sampai habes
ehehhe
Tanpa Nama berkata…
hahaha
baik punya
ko dah terpengaruh... ko bg link plak sama geng
Seroja Jingga berkata…
akak suka gile cite tu
tapi tak dpt tengok on time..
slalu layan on9 je
chokio_nia berkata…
haha..ske tgk nur kasih penye..memang bes pon..hoho..