Temuan Takdir Movie ; Trailer dan Sinopsis


Filem Temuan Takdir yang bakal ditayangkan pada 11 Ogos 2016 ini merupakan filem sulung arahan Dhyan Vimal dan dibintangi oleh Dato' Zahim Albakri, Vanidah Imran, Ery Zukhairi, Azura Zainal, Amai Kamarudin, Thanuja Ananthan, Malieq Abdullah, Kiranjit Kaur, Nara Subramaniam, Dhyan Vimal dan Dato' Jalaludin Hassan.

Yang aku kenal cuma Vanidah Imran, Dato Zahim Albakri dan Dato Jalaludin Hassan. Nampak trailer macam menarik filem ni.
 
Sinopsis Filem Temuan Takdir 2016

Berlatar belakangkan kisah penyiasatan, yang mengisahkan cerita dua orang adik-beradik; ACP Tuan Roslan dan adiknya, Inspector Shariff yang menyiasat sebuah kes rompakan yang melibatkan van sekuriti. Penyiasatan kes ini menuding jari ke arah tiga perompak utama iaitu Omar, Faisal dan Vikram, dan mengundang sesuatu yang tidak disangka ke dalam kehidupan adik-beradik polis ini. Tuan Roslan harus mengejar masa dalam menyelesaikan misteri kes ini, mencari ‘Mastermind’ yang merancang segala-galanya. Filem ini mengalas takdir yang tersurat buat pasangan adik-beradik ini dan tanggungjawab seorang anggota polis terhadap tugasnya.

Ulasan