Malam.. Penuh Bermisteri Trailer 2013


Malam...Penuh Bermisteri mengisahkan tentang seorang gadis university yang kaya dan cantik (Lisa) yang telah menghilangkan diri dan ayahnya (Dato’ Rahim) seorang VIP yang terkenal risau apabila anaknya tidak pulang ke rumah seperti biasa.

(Insp Razlan) seorang pegawai atasan yang rajin, bijak dan pantas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah dilantik untuk siasat kes ini. Dia juga diikuti oleh pegawai balai tempatan iaitu (Ah Chong) yang telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan anak Dato’ Rahim.


Pada masa yang sama Lisa berasa hairan apabila kepulangannya tidak diendahkan oleh keluarganya. Lisa juga mengalami beberapa peristiwa pelik yang membuatkan dia terfikir dan takut apa sebenarnya yang berlaku.

Dato’ Rahim seolah tidak mahu menerima hakikat kematian anaknya sehinggalah Insp Razlan berjaya mendapatkan pengakuan dan bukti daripada (Sofi) rakan university yang belajar dengan Lisa. Masa Insp Razlan memberitahu kepada Dato’ Rahim apa yang berlaku kepada diri anaknya itu, Lisa juga dapat tahu yang dirinya juga telah lama mati.

Lisa, selama ini yang pulang ke rumah adalah roh nya yang masih belum bersedia untuk meninggalkan dunia ini. Dato’ Rahim dan keluarganya terpaksa menerima kematian Lisa dan Lisa juga perlu menerima yang dia bukan lagi satu jasad yang hidup. “Selagi kita hidup selagi itulah jasad kita tapi selepas kita mati kita terpaksa meninggalkan dunia ini dan alih ke jasad yang di arahkan”

Filem Malam Pemuh Bermisteri ini dilakonkan oleh Shasha Omar, Datuk Rahim Razali, Azri Iskandar, Bell Ngasri dan Acong SweetChild di bawah arahan Shasha Omar. Filem ini bakal ditayangkan pada 7 November 2013.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sepatutnya filem ni dijadikan drama je...sangat menghampakan dengan jalan cerita yang sangat clche dan biasa...dengan lakonan yang agak kaku...please wake up industri filem malaysia..jangan duduk di takuk lama lagi...
Tanpa Nama berkata…
sy pn dj terkena n sy stuju.. terlalu byk sampah yg dihasilkan.. sy cuba utk support filem malaysia tp sy xfikir penerbit skang nk hargai semua ni.. sentiasa membuat sketsa bangang utk diletak dilayar perak..