Looper 2012 Review : Another Joseph Gordon Levitt Movie

Salam. tengok filem Looper teringat pulak tang anime Stein Gate, tapi filem ni agak pelik jalan ceritanya. Dari plot time travel yang bagi aku sangat awesome kepada plot budak yang ada kuasa telekinetik yang bagi aku sama cam filem chronicle.




Macam filem premiem rush, teraju utama still Joseph Gordon Levitt yang sangat meyakinkan dalam filem, tapi aku suka lagi lakonan dia dalan premiem rush. Bruce Willis sebagai karektor Gordon Levitt yang datang ke masa sekarang, ada seorang lagi yang lakonan sangat best iaitu budak kecik yang ada kuasa telekinetik yang sangat power dihidupkan dengan baik oleh Pierce Gagnon.

Plot bermula dengan Gordon Levitt sebagai Joe yang bekerja sebagai Looper di mana kerja diorang adalah membunuh serta menghapuskan body dari masa depan yang dihantar oleh mafia pada zaman hadapan. Pada masa hadapan, hanya mafia yang berkuasa sahaja mampu menggunakan time travel ni. Joe menghadapi masalah bila dia mendapati yang dia harus membunuh dirinya sendiri yang dihantar dari masa hadapan.

Joe yang pada masa hadapan cuba menyelamatkan diri kerana sangat menyayangi isterinya, Joe pada masa sekarang pula cuba membunuh Joe pada masa hadapan kerana ingin melindungi diri sendiri. Sangat pelik bunyinya tapi jalan cerita ni sangat menarik sehinggalah tiba-tiba fokus beralih kepada seorang wanita dengan anaknya yang tinggal di dalam kebun tebu. Jalan cerita mula berubah arah dan masalah time travel tak menjadi persoalan utama lagi.

Banyak scene-scene yang tak bermoral dan aku rasakan tak perlu dimasukkan dalam filem ni, rasanya kalau fokus kepada masalah time travel tu - cerita ni memang sangat menarik! apapun ianya still satu filem yang sangat bijak dan memerlukan kita memahami sedikit jalan cerita untuk enjoy filem ni.

Nak download Looper, boleh cuba link kat sini:



Ulasan