Filem Bulan April : BattleShip Uncle Usin Dan The Avengers!!

salam. jom baca review setiap filem yang aku tengok sepanjang bulan april ni. bermula dengan battleship, kemudian uncle usin kemudian wayang terbaru iaitu the avengers.


apa yang menarik pasal filem ini hanya satu iaitu CGI. dari segi perwatakan, jalan cerita yang terlampau panjang, dialog yang tak perlu, sangat-sangat membosankan. member aku siap boleh tidur lagi masa layan cerita ni. memang tak boleh lawan transormer cerita gaya cam gini. Battleship mengisahkan sekumpalan navy aka marine yang sedang berlatih, tetapi disebabkan makhluk asing datang ke bumi dan cuba contact balik planet diorang, kawasan latihan marine tadi jadi mangsa. tapi navy aka marine ni tak duduk diam, diorang bangkit melawan balik walau kekurangan krew dan kelengkapan perang. 


yang paling aku tak puas hati adalah pasal kapal alien tu! asalnya datang bukan main lagi terbang, sampai bumi terus main lompat-lompat aje dalam air. mungkin disebabkan perbezaan graviti bumi dengan planet alien tersebut.hehe. lagi satu, kapal alien cam takde senjata lain, alih-alih senjata yang sama aje digunakan. giler tak ganas. tapi teknik kapal drift masa fight last tu nampak realistik dan bijak!

overall citer ni masih okay kalau nak dibanding dengan darkest hour. sekarang ni banyak filem hollywood pasal makhluk alien yang cuba takhluk bumi. the avengers pun sama, cuma itu bukan alien tapi dewa!


Filem kedua adalah filem yang digelar lawak sampah oleh kebanyakkan peng'review' yang telah menonton filem ni. tak habis-habis suruh menyokong industri tanah air, tapi kalau setiap sokongan dibalas dengan sumpah seranah sewaktu wayang dan selepas seminggu atau sebulan lepas keluar wayang, baik tak payah sokong. menyakitkatkan hati sanubari aku je!

Mengisahkan 13 ( Encik Spy ) menyiasat kes koma seorang datuk atas permintaan anak perempuannya, mendapati pihak musuh telah meng'hire' rakan seperguruannya yang telah berpaling tadah iaitu sebelas. Lakonan johan dengan zizan dalam filem ni bolehlah tapi memang tak berapa nak kelakar jugak sebab karekter lebih kurang macam biasa yang diorang bawak.

tak nak cerita banyak, keseluruhannya macam kebanyakkan review lain yang korang baca. ade ke review yang kata filem ni lawak giler bila tengok!


Filem ni sangat-sangat terbaik! respek sama pengarah filem ni Joss Whedon. walau jalan cerita pasal bumi nak kena takhluk lagi tapi kali ni dengan dewa si Loki. Penjahat memang tak kuat mana tapi kekuatan filem ni adalah pada perkembangan watak superhero yang dipaksa bergabung untuk menyelamatkan bumi. macam mana filem ni bergerak dari satu scene kepada satu scene, bagaimana superhero menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah dalam diri masing-masing memang terbaik!

tak sangka semua adiwira dalam ni dapat menyerlah dan menunjukkan kekuatan masing-masing terutama the hulk dan hawkeye yang sangat-sangat gah dan menonjol. The hulk lakonan mark ruffalo manakala hawkeye lakonan jeremy renner. dua-dua watak ditonjolkan dengan baik begitu jugak dengan black widow lakonan scarllet johannson. CGI tak perlu dipertikaikan lagi, tengok betapa realnya watak the hulk sudah cukup meyakinkan! 

Filem the avengers mengisahkan superhero yang digabungkan bagi menyelamatkan bumi oleh nick fury, ketua ejen kepada persatuan shield yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan bumi. Iron man, captain america, thor, hawkeye, hulk dan black widow antara superhero yang dicari bagi membantu misi menyekat loki, adik kepada thor yang ingin menakluki bumi.

filem ni sangat-sangat best dan tak patut dilepaskan peluang untuk menonton di pawagam. terbaik!

ok. selamat menonton wayang! jangan lupa tengok the avengers. hehe.

Ulasan

Terima kasih kerana tolong buka mata adikku untuk tak menonton Battleship dan ikut cakap kakak dia, layan Avengers.. Haha.. Nak layan esok! :D