Anime : Steins;Gate

steins;gate anime
salam. kita mulakan bulan februari dengan satu anime yang aku tamatkan 24 episod pada hujung minggu lepas. selama seminggu jugak aku ambil waktu untuk habiskan anime ni. satu anime dalam 20 minit je! jadi kira-kira 8 jam aku gunakan dalam seminggu untuk tamatkan kisah anime steins;gate ni. 

plot : mengisahkan seorang sainstis gile bernama rintaro okabe yang menjalankan eksperimen-eksperimen berkaitan masa. satu hari, si akabe secara tak sengaja mencipta mesin masa ke masa lepas dan telah mengubah masa depan hanya menggunakan satu pesanan ringkas ( sms ). setelah itu, okabe menjalankan pelbagai eksperimen bagi menguji keberkesanan mesin masa tersebut dan pelbagai kejadian telah berlaku. Namun semuanya berubah apabila satu organisasi bernama SERN muncul dan membunuh penyokong/kawan baik okabe iaitu mayushii. Dari sini, okabe mengembara ke masa lepas sebelum mayushii dibunuh bagi merubah masa depan di mana mayushii akan still hidup? 

rintaro okabe
Rintaro okabe merupakan seorang yang paranoid dan suka membuat sesuatu tanpa berfikir panjang. dia selalu berlakon yang dirinya dikehendaki oleh sebuah organisasi, dan dia mula risaukan keselamatan rakan-rakannya apabila dia mula mencipta mesin masa. Dia juga mempunyai memori terhadap dunia-dunia lain yang telah berubah - kononnya dia ada kuasa dan dia sendiri namakan sebagai 'reading steiner'. Aku sukakan watak ni disebabkan usaha dia untuk menyelamatkan mayushii tapi kadang-kadang rasa cam dia ni takde otak. 

makise kirusu 
Makise Kirusu merupakan heroin citer ni. jatuh cinta pada si hero walau pada mulanya memang bergaduh bagai nak rak. banyak giler nama samaran yang diberi oleh si okabe. sangat berminat nak tahu mengenai mesin masa yang dibuat oleh okabe dan sangat-sangat mempercayai si okabe. mempunyai masalah dengan bapanya sendiri kerana kecerdikannya dan dia juga diselamatkan oleh okabe dari dibunuh pada waktu pertama kali okabe mencuba secara tak sengaja mesin masanya menyebabkan pembunuhan yang sepatutnya berlaku tidak berlaku.

Mayurii shiina
Heroin kedua. perhubungan persahabatan sejak kecil dengan si hero, okabe menyebabkan diorang saling menyayangi. pada mulanya si okabe mengambil mayushii sebagai tahanan bagi mengelakkan mayushii terus suram atas kematian neneknya. dari situ, persahabatan diorang terjalin dan mayushi menjadi ahli makmal nombor 2 yang sangat-sangat membantu okabe dari segi makanan. bekerja sebagai pelayan dan terkenal dengan cara teguran unik dengan bunyi "tutt tu ruuu ~ ". Mayushii akhirnya mati ditembak sebuah organisasi yang digelar SERN tapi okabe kembali ke masa silam berkali-kali bagi menyelamatkannya. 

Super hacker, Daru
Itaru Hashida atau lebih dikenali sebagai daru merupakan pakar komputer yang telah 'hack' masuk ke laman SERN bagi mencari maklumat berkaitan dengan mesin masa. Dia juga merupakan pencipta mesin masa pada masa hadapan di samping okabe. Seorang genius dalam bidang komputer dan sentiasa cool dalam apa jua situasi. 

Suzuha Amane
Suzuha Amane merupakan pekerja part time di kedai televisyen di bawah makmal okabe bekerja. dia selalu mencuri dengar apa yang dibincangkan okabe dan rakan-rakan. juga merupakan ahli makmal, seorang yang gemar berbasikal dan pandai berlawan, tapi tidak sukakan makise kirusu. Namun, semuanya terjawab apabila identiti sebenarnya terdedah iaitu dia datang dari masa hadapan ke masa silam untuk merubah masa hadapan. Dia berhenti seketika di tahun 20an bagi mencari dan melihat bapanya sendiri.


bagi aku, anime ni sangat menarik terutama dari segi jalan cerita. penerangan mengenai perbezaan satu dunia dengan dunia lain atau lebih glamer dengan nama parallel world jugak sangat meyakinkan. alat yang dibina juga diperincikan kegunaan serta caranya bagi memudahkan kita memahami cerita ni. 

tapi untuk 2 episod first memang agak slow sedikit sebab baru nak kenalkan watak-watak. ada jugak sedikit time travel tapi agak tak nampak apa yang sebenarnya berlaku sebelum diberi penerangan pada episod selanjutnya. 

layan.
assalamualaikum.


Ulasan

EddyGeek berkata…
kemungkinan ramai tak minat anime ni. tapi aku bagi 4. sebab aku sanggup tengok walau bosan dan akhirnya terbayar dengan babak yang aku tak sangka akan berlaku.

nak faham kena tengok banyak kali..

emm, anime tamat lama dah, aku dah habis tengok dari tahun lepas lagi.
Azuan berkata…
memang dah lama..tapi aku baru tengok je..lagi best macam ni dari kena tunggu satu episod setiap minggu...haha
Qib berkata…
hooo.. da lama sangat sy tinggalkan dunia anime.. dolu3 layan3 gile kot... skarang nan hado.. demam korea... tp anime ni macam bes.. lelagi lain dr yang lain.. katon dia pun comelllll =)

ni tgk dekat ANIMAX ada x
Tanpa Nama berkata…
anime ni mmg epic la~ dia punya fact almost same dgn theory,& SERN actually exist dlm dunia kita ni. hahaha..
Tanpa Nama berkata…
bole bg link utk donlod tk?trimas ;)
Tanpa Nama berkata…
cuba yg ni tp x confirm link ok semua ke x

http://animegakuin.wordpress.com/2011/09/28/steins-gate/
Tanpa Nama berkata…
trimas byk!bole pkai link ni hehehe
Tanpa Nama berkata…
waaaa sikit je lg.ep 9 & 24 anyone can help?