Filem Hantu Tok Mudim Karektor Poster

Sebelum ni aku ada post trailer Malam Penuh Bermisteri yang mendapat dua komen dari penyokong filem tempatan yang hampa dengan filem-filem arahan anak tempatan. Aku sendiri dah lama tak tengok wayang filem melayu, last citer Uncle Usin - memang menyesal tengok!

Harap filem Hantu Tok Mudim arahan Wan Mohd Hafiz Wan Hussein tidak menerima kritikan yang sama! Jom tengok pembawa watak-watak utama dalam filem ni.

izzue islam
Izzue Islam sebagai Borhan



soffi jikan
Soffi Jikan sebagai Lebai Kulup
Harun Salim Bachik sebagai Tok Mudim
andrea abdullah
Andrea Abdullah sebagai Salmah

Hantu Tok Mudim Sinopsis

Toq Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi.

Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Toq Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang tidak berpuas hati dengan Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang untuk sabotaj operasi malam tersebut

Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam tersebut mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Tok Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian. 


Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Toq Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut.

Penulis : Nurulsyahida Fadzil
Pengarah : Waan Hafiz
Produser : Showbiz
Pelakon : Izzue Islam, Soffi Jikan, Harun Salim Bachik, A.R Badul,Adrea Abdullah dan Norhayati Taib


source : https://www.facebook.com/HantuTokMudim dan http://muatturun-download.com/hantu-tok-mudim-2013-trailer/

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saya sudah periksa pautan utk filem malam bermisteri. Saya nyata kecewa dgn mutu trailer dan produksi filem. Saya yakin dgn kebolehan wan haafiz utk menjulang filem hantu tok mudim. Beliau merupakan pemuda berkebolehan untuk memartabat standard filem malaysia di tahap unggul.

P/s: Saya mengenali wan haafiz secara peribadi sejak sekolah. Beri sokongan padu kpd karya beliau.