Hari ni bangun macam biasa, mulut masih rasa berdenyut dan rasa macam
bengkak! Aku bangkit bersiap untuk ke tapak kerja aku, sampai sana, kosong –
tidak kelihatan seorang pun pekerja. Rupanya ada sedikit masalah kelulusan dari
pihak pertama kepada pihak kedua. Jadi, kerjanya sampai sekarang tak mula-mula
lagi.
Aku masuk balik kereta, pusing keluar dari tapak – kebosanan tak tahu nak
buat apa. Ok! Ambil keputusan untuk membuat pemeriksaan terhadap gigi geraham bongsu aku yang sejak dua tiga hari ni mintak perhatian lebih sedikit dari aku.
Cis! Taktik aku untuk membiarkan sahaja rasa sakit itu berlalu tak berjaya
sebab sudah menyebabkan kesihatan aku yang lain pulak terjejas. Suhu badan tak
turun-turun, kepala pening, dan yang paling aku tak suka cirit birit. Tapi yang
paling penting kenikmatan untuk merasai makanan sangat-sangat terjejas. Kena
control ayu masa nak makan!
Sambil berfikir tentang kemerosotan ekonomi orang melayu (ini serius
tipu!), aku memandu ke arah lokasi klinik gigi yang diberitahu kepada aku oleh
pak guard tempat aku bekerja yang aku gelarkan wak. Wak pun cuti hari ni,
katanya anak beliau nak kahwin!
Dari jauh aku lihat papan tanda klinik gigi bakti tersergam indah di
kawasan medan selera simpang renggam. Pelik! Medan selera, tapi tiba-tiba ada
klinik gigi, ke aku salah tengok, maklum kepala yang berdenyut dan
pusing-pusing ni memang tak berapa nak betul. Belok kiri di simpang, masuk
jalan sehala depan medan selera tu, banyak parking kosong, terus lah aku
parking!
Keluar dari kereta, terus masuk ke dalam klinik gigi bakti, tengok tempat
pendaftaran takde orang! Usha-usha, ada seorang perempuan yang tengah
bersembang di dalam nampak aku, terus keluar mintak kad pengenalan. Aku bagi
tanpa banyak soal, cakap just nak check gigi. Aku diminta oleh akak yang pakai
baju bunga-bunga ni tunggu sebentar! Aku ikut je lah tanpa banyak soal.
Kurang dari 5 minit, aku terus dipanggil untuk pemeriksaan, nampak sangat
tak ramai orang yang datang klinik gigi – semua dah pandai jaga kebersihan gigi
nampaknya! Doktor lelaki, aku kira berusia lingkungan 30-an, berkemeja coklat,
saluar slack hitam, rambut kerinting ala-ala david amurugam! Nampaknya dialah
yang akan membuat pemeriksaan pada gigi aku. Check sekejap saje, terus kena operate untuk buang gigi tersebut! Aku tak faham sebenarnya explaination
dari doktor tu, tapi aku just percaya je lah pada doktor tu. Nak bantah-bantah
pun, bukan aku tahu apa pun pasal gigi ni. Aku dah cuak tapi aku setuju je
sebab tak tahan duk tahan sakit.
Mula-mula cucuk ubat bius – ini sahaja part yang sakit sepanjang operation
ni, itu pun ibarat ditelan mati mak,
diluah mati bapak! Rasa kebas dah mula menunjukkan keajaiban dalam mulut aku,
rasa macam nak bukak mulut pun susah tapi sebab operate dalam mulut, kena lah jugak
bukak mulut tu luas-luas. Aku tutup mata sepanjang operate tu, malas lah nak
bukak mata, takut nanti tak pasal-pasal nightmare pulak dengan apa yang doktor
tu buat. Kahkah! Tapi still dapat rasa doktor tu masukkan tiga alat untuk
potong gigi tu, dapat rasa tekanan yang doktor tu bagi untuk potong gigi tu,
seterusnya dapat rasa doktor tu menjahit, dapat rasa benang yang dia guna tu!
Siap operate, tunggu kat kerusi rotan kat luar. Ambik ubat, bayar RM250.
akak yang jaga kaunter cakap kena datang lagi satu minggu untuk buka jahitan. Paling
penting MC 3 hari! Haha.
Sekarang semua dah ok. Dah tak rasa apa-apa dah. Makan pun dah senang! Alhamdullilah. Assalamualaikum.
p/s : cerita ni terjadi semalam bersamaan hari rabu; 10 oktober 2012.
Ulasan
Cepat sembuh.
Jaga diri.