Kesan Gigi Geraham Bongsu!

salam. semalam dalam jam 9 malam bermula penangan gigi geraham bongsu - mentang mentang nama pun bongsu, tumbuh je terus menyusahkan aku yang sepatutnya anak bongsu ni << nada jeles kat adik bongsu wa! kahkah.

mana satu gigi geraham bongsu pun aku tak tahu! tanya doktor la...

mula-mula rasa nak demam - suhu badan panas je, wa amik kain celup air buat lap seluruh badan, kurang sikit panasnya. tengok semua kena buat sendiri, hidup merantau waktu demam memang menyusahkan. nak pergi klinik pun kena drive sendiri. nak makan minum semua kena settle sendiri. kalau duk rumah, ada jugak adik beradik/emak yang nak tolongnya.

ingatkan demam biasa sebab duduk bawah panas hari-hari, tapi ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. kahkah! mula rasa denyut-denyut, senget sebelah, pening-pening dan paling penting mulut rasa cam bengkak je sebelah. kalau tangan ni muat masuk dalam mulut, rasa nak tampar-tampar aje gigi geraham bongsu tu! 

baca entri-entri blogger lain pasal gigi geraham bongsu; lagi banyak info menarik kot :


ingat nak pergi klinik gigi harini, tapi fikir-fikir balik, biarlah dulu - tunggu satu minggu, kalau rasa tak ok jugak baru pergi. aku memang susah sikit nak pergi klinik ni, kalau demam ke sakit ke, memang tunggu dulu sembuh secara natural, kalau still tak ok2, baru sibuk nak gi klinik. doktor akan tanya berapa lama dah demam, cakap satu minggu, terus kena pergi ambik ujian darah sebab doktor syak denggi. haha. 

lagipun, last aku pergi klinik gigi, masa darjah 5 - itupun doktor mari ke sekolah untuk tunjuk cara gosok gigi yang betul dengan check gigi pelajar, tak pasal-pasal gigi aku kena tampal! haha. 

tunggu lah lagi seminggu tengok ok ke tak! hmmmmm.

assalamualaikum.

Ulasan

cikbedahlaser berkata…
salam..
pegi pegi.. jgn delay...
aritu mmg malas gile g klinik gg ni.. tp bile dh tua2 ni rasa nyesal lak x suke g klinik gg....
cite pasal gigi bongsu.. next week kena g spital.. buat appt buang gg bongsu.... uhuhuh menakutkan...
Eh. Tiru aku ke? Aku demam malam tadi, terus telan 2 biji acti fast. Pagi ni bangun dengan segar.

Pasal gigi bongsu, aku tak merasa sangat sebab gigi bongsu aku setakat ni tumbuh dengan senyap dan sopan. Abang sepupu aku sampai kes bernanah-nanah sebab delay pergi klinik. Sebabnya doktor gigi kata gigi tu tumbuh melintang sebab tak ada ruang macam mana entah.

Sekain, moga cepat sembuh.
Eh! Jap! Kiranya kalau diikutkan dalam semua adik beradik, kau anak keberapa? (Saje nyibuk.. Hehe..)
Kawan berkata…
Anak kedua bongsu