Pembedahan Kecil Gigi Geraham Bongsu!


Hari ni bangun macam biasa, mulut masih rasa berdenyut dan rasa macam bengkak! Aku bangkit bersiap untuk ke tapak kerja aku, sampai sana, kosong – tidak kelihatan seorang pun pekerja. Rupanya ada sedikit masalah kelulusan dari pihak pertama kepada pihak kedua. Jadi, kerjanya sampai sekarang tak mula-mula lagi.

Aku masuk balik kereta, pusing keluar dari tapak – kebosanan tak tahu nak buat apa. Ok! Ambil keputusan untuk membuat pemeriksaan terhadap gigi geraham bongsu aku yang sejak dua tiga hari ni mintak perhatian lebih sedikit dari aku. Cis! Taktik aku untuk membiarkan sahaja rasa sakit itu berlalu tak berjaya sebab sudah menyebabkan kesihatan aku yang lain pulak terjejas. Suhu badan tak turun-turun, kepala pening, dan yang paling aku tak suka cirit birit. Tapi yang paling penting kenikmatan untuk merasai makanan sangat-sangat terjejas. Kena control ayu masa nak makan!

Sambil berfikir tentang kemerosotan ekonomi orang melayu (ini serius tipu!), aku memandu ke arah lokasi klinik gigi yang diberitahu kepada aku oleh pak guard tempat aku bekerja yang aku gelarkan wak. Wak pun cuti hari ni, katanya anak beliau nak kahwin!

Dari jauh aku lihat papan tanda klinik gigi bakti tersergam indah di kawasan medan selera simpang renggam. Pelik! Medan selera, tapi tiba-tiba ada klinik gigi, ke aku salah tengok, maklum kepala yang berdenyut dan pusing-pusing ni memang tak berapa nak betul. Belok kiri di simpang, masuk jalan sehala depan medan selera tu, banyak parking kosong, terus lah aku parking!

Keluar dari kereta, terus masuk ke dalam klinik gigi bakti, tengok tempat pendaftaran takde orang! Usha-usha, ada seorang perempuan yang tengah bersembang di dalam nampak aku, terus keluar mintak kad pengenalan. Aku bagi tanpa banyak soal, cakap just nak check gigi. Aku diminta oleh akak yang pakai baju bunga-bunga ni tunggu sebentar! Aku ikut je lah tanpa banyak soal.

Kurang dari 5 minit, aku terus dipanggil untuk pemeriksaan, nampak sangat tak ramai orang yang datang klinik gigi – semua dah pandai jaga kebersihan gigi nampaknya! Doktor lelaki, aku kira berusia lingkungan 30-an, berkemeja coklat, saluar slack hitam, rambut kerinting ala-ala david amurugam! Nampaknya dialah yang akan membuat pemeriksaan pada gigi aku. Check sekejap saje, terus kena operate untuk buang gigi tersebut! Aku tak faham sebenarnya explaination dari doktor tu, tapi aku just percaya je lah pada doktor tu. Nak bantah-bantah pun, bukan aku tahu apa pun pasal gigi ni. Aku dah cuak tapi aku setuju je sebab tak tahan duk tahan sakit.

Mula-mula cucuk ubat bius – ini sahaja part yang sakit sepanjang operation ni, itu  pun ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak! Rasa kebas dah mula menunjukkan keajaiban dalam mulut aku, rasa macam nak bukak mulut pun susah tapi sebab operate dalam mulut, kena lah jugak bukak mulut tu luas-luas. Aku tutup mata sepanjang operate tu, malas lah nak bukak mata, takut nanti tak pasal-pasal nightmare pulak dengan apa yang doktor tu buat. Kahkah! Tapi still dapat rasa doktor tu masukkan tiga alat untuk potong gigi tu, dapat rasa tekanan yang doktor tu bagi untuk potong gigi tu, seterusnya dapat rasa doktor tu menjahit, dapat rasa benang yang dia guna tu!

Siap operate, tunggu kat kerusi rotan kat luar. Ambik ubat, bayar RM250. akak yang jaga kaunter cakap kena datang lagi satu minggu untuk buka jahitan. Paling penting MC 3 hari! Haha.

Sekarang semua dah ok. Dah tak rasa apa-apa dah. Makan pun dah senang! Alhamdullilah. Assalamualaikum.

p/s : cerita ni terjadi semalam bersamaan hari rabu; 10 oktober 2012. 

Ulasan

Peminat setia neelofa dan blog ini berkata…
Cerita awak ni membuatkan sy takut nk cek. Sy pn sakit gigi. Tp dpt mc 3 hari buat sy rasa nk ikut jejak langkah berani awak ke klinik gigi.
Tanpa Nama berkata…
Selamat beristirehat.
Cepat sembuh.
Jaga diri.
Qib berkata…
gerun nyew.. tsk tsk.. jumpe dentist la pekara plg menakotkan...!!
Azuan berkata…
Hai pinqib. Pa habaq
Ain Norddin berkata…
saya pun baru kena operate gigi..tapi masih x dpt keluarkan gigi tu.. nak makan pun susah.. takut benang tu tercabut.:(
Nina reza berkata…
Takutnya kna operate gigi...ne gigi tak tumbuh penuh jadi bengkak pulaknya