salam. sudah lama entri aku tak menyentuh perihal alam blogging. hehe. jom baca kenapa blog-blog tidak disukai pembaca yang first time masuk ke dalam blog korang!
Blog Yang Tidak Kemas.
Pernah dengar pepatah "dari mata turun ke hati". kalau dari pandangan mata pun dah serabut, anak tekak pun belum tentu lagi sampai, macam mana nak sampai ke hati.
Loading Blog Yang Lambat
Ok. kalau lambat loading memang buat orang tak suka. lagi-lagi jenis orang yang pakai broadband yang belum tentu bilnya dibayar bila cukup bulan.
baca entri ni berkaitan dengan loading blog korang : tengok size blog, masa loading blog, cara nak lajukan loading blog.
Terlalu Banyak Widget
Kalau widget-widget yang bersesuaian dengan blog memang patut diletak. tapi berbalik pada point nombor satu, susun dan tengok sendiri rasa serabut atau tak widget tu di mata korang - kalau rasa agak serabut, baik buang terus! haha.
Blog Hasil Copy Paste
Oh! ini merupakan hal sensitif dalam dunia blogging lagi-lagi bagi mereka yang telah mengumpul dan mengerah keringat untuk mencari idea dan sumber terbaik untuk entri dalam blog mereka. tapi korang jumpa dan terus buat hak milik korang! seriously cakap, sangat tak cool apa yang dibuat, tapi ramai je yang buat kan? aku pun kadang-kadang terbuat jugak! lalalala~ ok next point.....
ok. sebenarnya boleh copy paste, tapi jangan 100% korang copy paste, bagilah idea dan sumbangan sikit terhadap apa yang dah dicopy and pastekan. kalau copy 100%, sila bagi kata-kata atau link sumbangan terhadap pemilik asal.
Blog Yang Menaikkan Api Amarah Pengunjung
Ini sangat banyak! kadang-kadang bila taip di google untuk cari sesuatu perkara, keluarlah sekian-sekian punya alamat, bila klik takde kaitan langsung, tengok-tengok tang bahagian 'tags atau label' aje yang ada benda yang dicari. perasaan masa tu dah membuak-buak menahan amarah kepada blog terbabit!
Bila nak download file pun sama, bila masuk satu laman web akan suruh 'klik sini untuk download', bila klik pergi pages yang entah apa-apa terutama yang pages menaikkan rasa dahaga dalam diri. ni tak menaikkan amarah kot. lalaalal~
Penulisan Blog Yang Sangat Annoying
ni bukan salah blogger, ni salah pembaca! aku percaya ; setiap orang ada style menaip masing-masing. kadang-kadang ada yang sinis, ada yang straight to point, ada yang bermadah, berpuisi dan bermacam-macam lagi gaya bahasa yang tak pernah diajar masa di tadika dulu kala. jadi bila pembaca tu rasa annoying gila masa baca satu-satu entri, maka tak bolehlah salahkan penulis.
penulis juga manusia yang punya jugdement nya sendiri. mungkin dia akan berat pada satu-satu pihak. jadi bila korang, baca blog dan korang rasa annoying gila, sila berisgtifar atau pangkah sahaja blog tersebut, tak perlulah nak perlekehkan atau menjatuhkan si penulis tersebut. mungkin itu style dia!
itu sahaja dari aku. moga ada manfaat di sini.
assalamualaikum.
Ulasan