salam. harini adalah hari ahad, jadi banyak masa free memandangkan aku bangun terlebih awal dan takde idea nak buat ape, aku cuba menulis di blog aku yang semakin terabai. hehe. mana taknya kalau kerja keluar 730 pagi balik 730 malam. balik lewat sebab ofis aku sangat aktif bersukan selepas waktu kerja. selalunya akan bermain pingpong terlebih dahulu, kadang-kadang futsal takpun badminton. jadi bila balik terus menuju ke alam lain.
love my job ~ hehe |
sejak bekerja ni, aku rajin mendengar radio selalunya hot fm. rasa masih muda bila dengar hot fm. orang-orang yang otai suka dengar suria fm ( yang kak engku dengan salleh yaakob jadi DJ ), ini berdasarkan sembang sembang di meja bulat ofis aku. baru ni ( masa dengar hot fm ), aku agak sedih bila dengar satu kes isteri ditinggalkan gantung tak bertali, macam kisah nur amina dalam nur kasih. Malam pertama, suami dah hilang. Isteri buntu, sampai sekarang dah hampir dua tahun hilang entah ke mana. Habis aje si isteri bercerita dengan penuh perasaan, hot fm terus pasang lagu yang tengah top tapi membuai perasaan, lagu si alyah yang bertajuk kisah hati. gilerlah! bergelora hati jantan aku!
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Chorus
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Ulang Chorus
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Ulang Chorus
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
ada aje nak selitkan lagu dalam entri. haha. sekarang move on kepada perkara yang lebih serius macam bajet 2012 yang dibentangkan perdana menteri kita semalam ( 8 oktober 2011 ). Yang jadi bualan ramai mestilah pasal kenaikan umur persaraan penjawat awam dari 58 kepada 60 tahun, ramai yang katakan produktiviti semakin menurun apabila kita beri kerja pada mereka yang berusia selain mampu menutup peluang kepada pemuda pemudi harapan negara yang memang nak kerja sektor kerajaan tapi mulut bukan main tak nak kerja kerajaan.
tengok signboard ~ hahaa. |
Ulasan
aku batch 2008...memang still terikat..yang baru ni aku tak tahu la pulak...sebab masa sign kontrak memang terikat la senang cakap..