Kisah Hati !! Bajet 2012 !! Steve Job !!

salam. harini adalah hari ahad, jadi banyak masa free memandangkan aku bangun terlebih awal dan takde idea nak buat ape, aku cuba menulis di blog aku yang semakin terabai. hehe. mana taknya kalau kerja keluar 730 pagi balik 730 malam. balik lewat sebab ofis aku sangat aktif bersukan selepas waktu kerja. selalunya akan bermain pingpong terlebih dahulu, kadang-kadang futsal takpun badminton. jadi bila balik terus menuju ke alam lain.

love my job ~ hehe

sejak bekerja ni, aku rajin mendengar radio selalunya hot fm. rasa masih muda bila dengar hot fm. orang-orang yang otai suka dengar suria fm ( yang kak engku dengan salleh yaakob jadi DJ ), ini berdasarkan sembang sembang di meja bulat ofis aku. baru ni ( masa dengar hot fm ), aku agak sedih bila dengar satu kes isteri ditinggalkan gantung tak bertali, macam kisah nur amina dalam nur kasih. Malam pertama, suami dah hilang. Isteri buntu, sampai sekarang dah hampir dua tahun hilang entah ke mana. Habis aje si isteri bercerita dengan penuh perasaan, hot fm terus pasang lagu yang tengah top tapi membuai perasaan, lagu si alyah yang bertajuk kisah hati. gilerlah! bergelora hati jantan aku! 


terus aku jadi peminat nombor satu lagu ni. haha. the best song this year!

lirik kisah hati alyah
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Chorus
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir



Ulang Chorus
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu



Ulang Chorus
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

ada aje nak selitkan lagu dalam entri. haha. sekarang move on kepada perkara yang lebih serius macam bajet 2012 yang dibentangkan perdana menteri kita semalam ( 8 oktober 2011 ). Yang jadi bualan ramai mestilah pasal kenaikan umur persaraan penjawat awam dari 58 kepada 60 tahun, ramai yang katakan produktiviti semakin menurun apabila kita beri kerja pada mereka yang berusia selain mampu menutup peluang kepada pemuda pemudi harapan negara yang memang nak kerja sektor kerajaan tapi mulut bukan main tak nak kerja kerajaan. 

tengok signboard ~ hahaa.

aku bukan pro kerajaan. aku bukan jugak pakatan pembangkang. aku neutral, aku sokong mana yang bagus! untuk akulah. orang lain aku peduli hapa kan! haha. sebab bila difikirkan baguslah jugak usia persaraan ni naik, biarlah aku yang memang tak nak kerja kerajaan ni tak dapat diserap masuk ke dalam sektor tersebut, tapi peluang macam cerah untuk kena panggil. harap sangat tak kena panggil sebab aku dah jatuh hati dengan kerja aku sekarang. *owh! aku dapat biasiswa dari JPA. bila dipanggil, kena menurut perintah sebab mereka dah tolong waktu belajar dulu. kira macam win win situation lah ni. tak lama pun kena berkhidmat, dalam 5 tahun gitu.

Bila dibuat sesuatu perkara ada pro dan kontra nya. jadi kita kena fikir dan ambik mana yang bagus, yang tak elok dan tak bagus, abaikan atau buang jauh-jauh. akhirnya semua perkara berbalik pada diri sendiri untuk membuat penilaian dan keputusan. orang yang tak pernah rasa hidup susah memang tak akan rasa kepayahan yang dialami orang yang pernah hidup susah.

Akhir kata dari aku, Rest In Peace Steve Job. *tetiba. haha. ramai yang beria-ria ambil tahu pasal steve job ni, tak salah tapi jangan lupakan pulak betapa ramainya umat manusia yang terkorban kerana perang, kebuluran dan kemiskinan. so, last word from me, be a human!! 

Assalmualaikum.

p/s : maaf tulisan kena merahkan sebab masa aku pratonton, tulisan tak keluar. huhuu.

Ulasan

zai berkata…
penerima biasw JPA skrg da tak terikat.... tahun lps kerajaan ada umumkan.. kerajaan lepaskan...
Tanpa Nama berkata…
lagu ni memang best..LadyD pun suka.
Azuan berkata…
@ zai

aku batch 2008...memang still terikat..yang baru ni aku tak tahu la pulak...sebab masa sign kontrak memang terikat la senang cakap..