Lawak Kata Lawan !!

Salam.

Baca kisah cikgu dengan student nie. Betul-betul best! Lawak sengal giler haha.


Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid: Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid: Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid: Faham, Cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!
Murid: Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid: Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!

Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid: Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid: Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!

Murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid: Kurang! Kurang
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid: Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid: Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu: O.K.
Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O.
Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar).

kepada cikgu @ bakal-bakal, jangan garang sangat dengan pelajar yea huhu.

Minggu2 exam nie, kena la rileks2 huhu. Aku amik menda kat atas ni kat sini.

notakaki : Aku tengok Arsenal belasah Tottenham semalam 3-0. Hampeh Liv kalah semalam nasib aku tak tengok huhu.

Salam.

Ulasan

Seroja Jingga berkata…
muhahhahahhahhahaha
lawak babo gile!
sakit perut akak!
Tanpa Nama berkata…
hahahha
adoiii
tulah kena bg arahan biar btul bah kan..hehehe
haiyoo
smpt g tgok bole
study bah!
joegrimjow berkata…
da baca
hehe

waghh
liverpool kalah!!
myQza berkata…
he he he he.. ekekekkee..

exam tol2.. :P
Tanpa Nama berkata…
hahahaha...

thanks for this lawak ini...

tergelak2 aku...

hahahaha...
sharamli berkata…
ma0 pening kal0 dpt student camni...
kawie2020 berkata…
hahahahaha... memang benar2 terjadi ke dialog tuh... memang best liverpool kalah... confirm x juara EPL tahun ni... satu tahun lagi yg suram buat liverpool...
Tanpa Nama berkata…
hahahahaa...
lawak gle..
ckgu pn 1..
kasi arahan baek punye...
hahahahaha
Watierman berkata…
Good Luck Anakanda..Buat Exam dengan tenang & lancar

Baca Bismillah, baca selawat, baca doa terang hati...Insyaallah akan dipermudahkan segalanya buat kamu...Amin!!!
norMAzuan MUstafa berkata…
hahahhaa.....tu sebab aku xmo jd cikgu tuh...hahhaa
chokio_nia berkata…
haha..sumpah lawak..haha..padan muke cekgu tu kot..sape suh wat menda bangang cmne??kan da kene btg idung sniri..haha
Tanpa Nama berkata…
bosann..nih dh lme ah..ko copy paste eh
pudding pie berkata…
cute lawak nie.. =)
guru tu mmg pendidik berjaya
farah berkata…
budak2 terlampau cerdik.

ekkekke.

err, takziah atas kekalahan Pool.

:D
mamai berkata…
saper pandai cikgu sengal atau murid yang ikut arahan
en_me berkata…
lawak ghitewww.. uhuhu
admin berkata…
hheee lawak ni dari kecik da bace, tp tak penah basi lg. :P
zhrhtoodem berkata…
kesian cikgu tuh.
tuh la
nak tunjuk garang lagi
Tanpa Nama berkata…
lawak ms sy kecik2 dulu..hihi