Lazada Box Of Joy Memang Terbaik

Lazada merupakan satu laman web beli-belah online terbesar di Malaysia. Aku sudah membuat beberapa kali pembelian di laman web tersebut, dan ianya sangat mudah dan menjimatkan masa. Dari segi penghantaran pun memang terbaik! Cepat dan sampai dalam keadaan yang elok. Boleh cuba membeli secara online di lazada ini.


Bermula 11 November 2016 sehingga 12 Disember 2016, Lazada telah mengadakan sales secara besar-besaran. Sebagai penghargaan, satu kotak hadiah telah diterima oleh mereka yang mendaftar untuk membuat review terhadap beberapa produk yang dibekalkan. Aku baharu sahaja menerima Box Of Joy pada hari kelmarin. Memang terbaik!

[Lazada - Find Joy In Every Parcel]

[Macam-macam ada!]

Terdapat lebih kurang 12 barangan diberikan dari jenama seperti Nestle [Nescafe, Maggi, Full Cream Milk, Cerelac & Lactokid], Tefal, Mamypoko, L'oreal, San Disk, Foodpanda dan Milo. Thanks to Lazada!

First item yang aku buka adalah San Disk Dual Drive 3.0, haruslah buka ini dulu untuk dicuba function nya. Lagipun, Box of Joy ini aku terima di ofis, takkan nak buka maggi pula kat situ. Tak pasal-pasal mengamuk bos aku. ahahaha. Disebabkan kerja aku yang memerlukan aku mengambil berpuluh gambar setiap hari, Dual Drive ini pasti membantu untuk transfer gambar dengan lebih mudah ke dalam laptop aku. 

SanDisk Ultra Dual Drive M3.0 64GB

Antara kebaikan penggunaan Dual Drive ini adalah;
1) Compatible with OTG-Enabled Android Device
2) Free up memory on smartphone or tablet
3) Easily move content from Android devices and computers
4) Dual Micro USB and USB 3.0 Connectors
5) Super Fast File Transfer 
 
Selain SanDisk Ultra Dual Drive di atas, aku juga sangat tertarik dengan beg galas kecil yang ada tertera perkataan Ola Bola di hadapan. I am a big fan of the film. So, memang bukan salah aku untuk terus buka dan gunakan beg tersebut. Beg tersebut bukanlah boleh dibeli berasingan, ianya adalah sebahagian promosi dari MILO. Korang boleh dapatkan beg tersebut dengan pembelian Milo secara pukal

Ada banyak lagi item yang belum aku cuba, nanti aku akan update lagi untuk review item-item lain. ehem!

Terbaik kan Box of Joy dari Lazada ini.  Kalau korang berminat untuk sertai review sebegini pada masa hadapan, Boleh contact affiliate@lazada.com.my untuk menyertai program affiliate lazada. Banyak kelebihan diberikan.


Ulasan