Drama Suri Hati Mr Pilot [Astro]

neelofa
Suri Hati Mr Pilot drama poster banner

Drama Suri Hati Mr Pilot akan menggantikan drama Abang Bomba I Love You yang tengah hangat ditayangkan di Astro Ria sekarang. Drama ini akan menggandingkan Neelofa dan Fattah Amin sebagai pelakon utama. Selain mereka berdua, drama ini turut dibintangi oleh Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan dan Nina Juren.

Profil Drama 

Studio : Cube Film Sdn Bhd
Pengarah : Michael Ang [Biar Aku Jadi Penunggu]
Pelakon : Fattah Amin [KL Special Force], Neelofa, Ben Amir, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan dan Nina Juren.
Karya Asal : Novel Suri Hati Mr Pilot karya Dyla Dyna
Episod : 16 Episod
Tarikh Tayangan : 10 Oktober 2016
Siaran : Setiap Isnin hingg Khamis jam 10 Malam di Astro Ria dan Astro HD 123 
OST : Selamanya Cinta [Shila Amzah dan Alif Satar]

[Selamanya Cinta Lirik Video - OST Drama Suri Hati Mr Pilot]

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot

Pertemuan Ejaz dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

sumber : kbergetar 

Gambar Barisan Pelakon Drama Suri Hati Mr Pilot 

neelofa alvin choong
Alvin Chong dengan Neelofa dalam drama Suri Hati Mr Pilot

alvin choong fattah amin
Alvin Chong bersama dengan Fattah Amin

alif satar siti nordiana neelofa fattah amin
Penampialan Khas Alif Satar dan Siti Nordiana dalam Drama Suri Hati Mr Pilot

video promo Suri Hati Mr Pilot

Ulasan