Sinopsis dan Opening Montage Drama Abang Bomba I Love You di Astro


Selain Drama Hero disiarkan oleh RTM, satu lagi drama yang bakal bersiaran pada bulan ini menggunakan tema uniform bomba iaitu Drama Abang Bomba I Love You. Drama ini bakal ditayangkan bermula 12 September 2016, setiap hari isnin hingga khamis, jam 10.00 malam di Astro RIA dan RIA HD, menggantikan drama Suamiku Si Kolot.

Pengarah drama Abang Bomba I Love You adalah MP Roslan MD Sharif, hasil tulisan skrip daripada Rina Khan. Penyunting drama adalah Norsyilawati Idris, Romizal Rosle, Nurulhuda Zulkunine dan Azurain Ali. Penerbit Eksekutif adalah Hafiz Abu Bakar, Sharifah Fatimahtulzzaharaa Syed Taha, Zetty Alia Dato Ramly dan Zetty Adila Dato Ramly. Penerbit utama pula adalah Datin Zaiton Muhd Jiwa.

Drama Abang Bomba I Love You ini dilakonkan oleh Hisyam Hamid, Amirah Othman, Nadya Syahera, Jaslin Puasa merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama hasil karya Mia Kiff. Hisyam Hamid sendiri mempunyai pengalaman sebagai ahli bomba selama 8 tahun sebelum menceburi bidang lakonan.

gambar amirah othman hisyam hamid
Pelakon utama Hisyam Hamid dan Amirah Othman

Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You

Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superhero dalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?

Update OST drama Abang Bomba I Love You

Tajuk Lagu : Jaga-Jaga
Artis : Amira Othman
Komposer : Ezra Kong, Faizul Sani, Ayden Ali
Lirik : Ezra Kong, Faizul Sani, Ayden Ali
OST : Abang Bomba I Love You

Ulasan