Poster, OST dan Barisan Pelakon Drama Sweetie Nanie TV3

aidit noh nadia brian
Poster drama Sweetie Nanie akan datang di TV3

Drama Sweetie Nanie merupakan drama arahan Pali Yahya, idea asal oleh Nieza Nahar dan tulisan skrip oleh Nieza Nahar dan Jue Zurhanisza. Drama 13 episode ini akan ditayangkan di saluran TV3, jam 9.00 malam, slot lestary menggantikan drama Maria Elisa. Tarikh tayangan bermula 29 September 2016.

Barisan pelakon yang terlibat adalah Nadia Brian sebagai Nanie Nadirah, Aidit Noh sebagai Zafri Khalis, Duerra Mitilda sebagai Manis, Syafnida Shuhaimi sebagai Fida, Nazeera Sardi sebagai Kak Ja, Ilya Buang sebagai Nazam, Rohaya SamatDFKL sebagai Mariam, Nafiz Muah sebagai Radhi, Fana Azizan sebagai Syada dan Firezze sebagai Shah.

OST drama ini dinyanyikan oleh cherpen band dengan lagu betajuk Selalu Denganmu. Komposer dan penulis lirik lagu adalah orang yang sama iaitu Gjie 6ixthSense. Boleh dengar lagu tu kat video di bawah;

[Ost drama Sweetie Nanie TV3] 

Lirik Lagu Selalu Denganmu Cherpen Band

Lelah hati ku menanti
Cinta yang mengisi hidupku
Engkau tiba hadir memenuhi
Relung hatiku yang telah lama sepi

Andainya kau tahu bertapa
Ku memerlukan mu
Hingga hujung waktu

Aku ingin selalu
Selalu denganmu
Dalam hidup dan matiku

Aku ingin selalu
Selalu didekatmu
Mendakap mu sepenuh jiwaku

poster drama sweetie nanie
Sweetie Nanie Teaser Poster


Update Sinopsis Drama Sweetie Nanie

Drama Sweetie Nanie mengisahkan tentang seorang wanita muda bernama Nanie Nadira. Sewaktu berusia 16 tahun Nanie telah dirogol dan menyebabkan dia telah melahirkan seorang anak luar nikah. Kerana Nanie masih dibangku sekolah ketika itu, dia telah menyerahkan bayinya itu kepada kakaknya Nora.

Tidak lama kemudian bayi itu diculik di sebuah klinik yang telah mengakibatkan Nora mengalami kemurungan dan meninggal dunia. Sebelum meninggal, Nora telah mengamanahkan Nanie untuk mencari semula bayi tersebut dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Selepas kematikan kakaknya, Nanie berdepan dengan masalah kewangan kerana selama ini kehidupannya ditanggung oleh kakaknya.

Satu hari Nanie bertemu dengan Zafri seorang ketua pengawai eksekutif secara tidak sengaja di sebuah kafe. Kebetulan Zafri sedang melarikan diri daripada seseorang. Individu tersebut adalah orang suruhan sepupunya yang bernama Baizura. Baizura bekerja bersama Zafri sebagai penasihat kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat milik keluarga tetapi Baizura sentiasa mengongkong Zafri.

Pertemuan antara Nanie dan Zafri membuatkan mereka berdua menjadi semakin rapat. Perhubungan antara mereka membuatkan Baizura tidak senang hati dan merancang untuk memisahkan mereka berdua. Dia mula menyelidik latar belakang Nanie. Akhirnya terbongkar tentang kisah silam Nanie yang pernah melahirkan anak luar nikah. Hal itu akhirnya diketahui Zafri dan ia berjaya meretakkan perhubungan mereka berdua.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Berjayakan Nanie mendapatkan anaknya kembali? Akan bersatukah hubungan antara Nanie dan Zafri? 

Sumber - Notainfo

Ulasan