Poster dan Teaser Drama Korea Saimdang, Light's Diary

Poster drama korea akan datang Saimdang, Light's Diary

Pasti ramai yang menantikan drama ini kerana watak utama dilakonkan oleh Lee Young Ae. Lebih sepuluh tahun sepi tanpa projek terbaru, Lee Young Ae kembali mewarnai dunia drama dengan projek terbaru iaitu Saimdang, Light's Diary. Lee Young Ae mencapai kemuncak kejayaan dan populariti ke seluruh dunia melalui drama saeguk (drama sejarah korea) Jewel In The Palace yang ditayangkan pada tahun 2003.

Saimdang, Light's Diary  akan bersiaran bermula 1 Oktober 2016 hingga 8 Januari 2017 dengan jumlah 30 episod. Drama ini  diarahkan oleh Yu Sang Ho yang sebelum ini menghasilkan drama seperti Bride of The Century dan Saving Mr Go Bang Shil. Skrip pula hasil tulisan Park Eun Ryung yang pernah menulis untuk Second Proposal dan Saving Mr Go Bang Shil.

Lee Young Ae akan memegang dua watak yang berlainan dalam drama ini iaitu watak Shin Saimdang dan watak Seo Ji Yoon. Shin Saimdang yang lahir pada tahun 1504 merupakan seorang artis dalam bidang seni lukis dan sajak. Shin Saimdang merupakan ikon wanita korea pertama yang muncul pada duit kertas korea 50,000 won.

Watak Seo Ji Yoon pula merupakan seorang profesor dalam bidang seni yang cuba menyelesaikan satu misteri di sebalik sebuah gambar/lukisan dengan bantuan diari milik Shin Saimdang yang dijumpai secara kebetulan.

Teaser drama Saimdang, Light's Diary


Kalau tengok ending teaser drama Saimdang Light's Diary ini boleh tahu yang tajuk asal drama ini adalah Saimdang, the herstory. Poster publisiti awal drama ini pun turut menggunakan tajuk yang sama.

Selain Lee Young Ae, drama Saimdang Light's Diary ini juga dibarisi pelakon hebat lain seperti Park Hye Soo sebagai Shin Saimdang (sewaktu muda/kanak-kanak), Song Seung Hun sebagai Lee Gyeom (pelakon lelaki utama), Yoon Ye Joon, Kim Hae Sok, Yoon Da Hoon, Choi Chul Ho, Choi Jong Hwan, Yoon Suk Hwa, Kim Mi Kyung, Park Jung Hak dan Lee Joo Yeon.

poster song seng hun 2016 drama
Poster untuk Karektor Lee Gyeom lakonan Song Seung Hun
Publisiti poster untuk drama Saimdang, The Herstory 

lee young ae song seung hun
Lee Young Ae dan Song Seung Hun poster.

Tarikh Tayangan Terbaru Saimdang Light's Diary

Dipastikan bahawa drama ini ditunda tarikh tayangan dari 1 Oktober 2016 kepada awal tahun 2017. Tarikh sebenar adalah belum pasti. Ini dikatakan akibat 'side effects' daripada THAAD isu antara China dan Korea Selatan. Drama Saimdang Light's Diary ini sepatutnya ditayangkan secara serentak di kedua buah negara.

Nampaknya peminat Lee Young Ae kena tunggu lagi untuk kemunculan aktress tersebut.

Ulasan