Para Pelakon Drama Cinta Masam Manis di Akasia TV3

Cinta Masam Manis lakonan Zamarul Hisyam dan Izara Aisyah

Drama terbaru slot Akasia TV3 yang akan menggantikan drama Lara Terindah adalah Drama Cinta Masam Manis. Menggabungkan pelakon lama berkaliber iaitu Zamarul Hisyam dengan pelakon baru Izara Aisyah menjadi taruhan penerbit drama ini. Dah lama tak nampak Zamarul Hisyam berlakon.

Sinopsis drama Cinta Masam Manis, mengisahkan seorang duda Johan beranak dua dan Nor Sarah pula seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Johan. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri. Drama ini mempunyai 20 episod kesemuanya. Kalau nak tonton cepat, bolehla ke laman web tonton.com.my.

Selain Zamarul Hisyam dan Izara Aisyah, drama cinta masam manis ini turut dibarisi oleh Shahz Jaszle, Sweet Farhana, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahhim Omar, Wan Nur Azlin, Liza Abdullah, Syaffiq Sahli, Ku Fridah, Mimi Ernida, Siti Chubby, Gbob dan Nu'man Salleh.

Drama Cinta Masam Manis juga merupakan drama terbitan syarikat Orangetree Production. Pengarah drama ialah Eoon Shuhaini, Skrip hasil tulisan Shuhadatul Ain Zakaria dan Idea asal daripada Raja Azidah. Lagu tema drama ini adalah daripada pemuzik terkenal tanah air iaitu kumpulan KRU dengan lagu bertajuk Hingga Ke Jannah [lirik lagu Hingga Ke Jannah].

zamarul hisyam
Zamarul Hisyam sebagai Johan
izara aishah
Izara Aishah sebagai Nor Sara
sweet farhana
Sweet Farhana sebagai Hanna (anak sulung Johan)
nur alis maria
Nur Alis Maria sebagai Hanis (anak bongsu Johan)
shah jaszle
Shah Jaszle sebagai Erman (rival cinta Johan)
rahhim omar
Rahim Omar sebagai Dato (rakan bisnes Johan)
wan nur azlin
Wan Nur Azlin sebagai Datin (bekas isteri Datuk)
raja ilya
Raja Ilya sebagai Tasya (bekas isteri Johan)

Update Video Promo Drama Cinta Masam Manis



Profil Drama Cinta Masam Manis 

Bahasa : Melayu 
Episod : 24 Episod
Tarikh Tayangan : 26 September 2016
Slot : Akasia TV3 (6.58 Petang), setiap Isnin hingga Khamis
Pengarah : Eoon Shuhaini
Skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Idea Asal : Raja Azidah
Studio : Orangetree Production Sdn Bhd
OST : Hingga Ke Jannah KRU

Update Poster Drama Cinta Masam Manis TV3

zamarul hisyam izara aishah
Poster drama cinta masam manis di slot akasia TV3

Ulasan