Trailer dan Poster utama Siri Luke Cage

Kalau sebelum ini, aku ada tuliskan mengenai teaser poster dan teaser trailer dari Luke Cage, dengan tarikh tayangan yang tinggal sebulan setengah, pihak Netflix telah mengeluarkan trailer utama dan poster rasmi untuk drama siri superhero terbaru Luke Cage.




Dari awal trailer, kita dapat lihat yang Luke Cage merupakan mangsa sebuah eksperimen yang gagal. Dia diletakkan di dalam sebuah tangki ibarat seekor ikan dan setelah berjaya meloloskan diri, Luke Cage hanya mahu hidupnya aman dan hidup seperti manusia normal. Ala, macam filem superhero lain la, mesti nak jalani hidup manusia normal, tapi last-last terpaksa jugak guna kuasa yang ada pada mereka. 

Setiap superhero, mesti ada penjahat utama yang akan jadi lawan mereka. Dalam trailer ni, ada satu scene dari Cottonmouth aka Cornell Stoke yang dilakonkan Mahershala Ali yang memberi impak besar iaitu ketika dia berdiri di hadapan sebuah lukisan dengan lukisan takhta betul-betul kelihatan seperti berada di atas kepalanya and he said "Everybody wants to be a king". Awesome!

luke cage poster rasmi
Poster rasmi drama siri superhero Luke Cage

Selain watak Luke Cage yang dilakonkan oleh Mike Colter, pelakon lain yang terlibat dalam siri Luke Cage season 1 ini ialah Mahershala Ali sebagai Cornell Stokes, Erik Laray Harvey sebagai Diamond Back, Simone Missick sebagai Misty Knight, Theo Rossi sebagai Alvarez dan Frank Valley sebagai Detektif Scarfe.

Drama siri Luke Cage bakal ditayangkan secara serentak (baca: 13 episod) di Netflix pada 30 September 2016.

Ulasan