Trailer dan Poster Filem Radhi Rudy Bin Dadu

Poster movie Radhi Rudy Bin Dadu

Filem aksi komedi ini meletakkan pelakon Sofi Jikan, Taiyuddin Bakar, Usop Wilcha, Puteri Sarah Liyana, Khatijah Tan dan Ezzaty Abdullah sebagai teraju utama untuk menarik peminat ke pawagam. Filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada 8 September 2016 ini diarahkan oleh Arjin Uppal dan terbitan di bawah syarikat White Merpati Entertainment.


Sinopsis Filem Radhi Rudy Bin Dadu

Radzi, Rudy dan Tuan Haji Kassim telah jatuh cinta dengan tiga wanita berbeza. Disebabkan masalah dan halangan, ketiga-tiga mereka ini gagal dalam kehidupan cinta mereka. Mereka telah sedaya upaya membuat apa sahaja untuk menarik perhatian pasangan mereka tetapi tidak menjadi. Ketiga-tiga mereka kemudian telah merancang melakukan sesuatu yang membawa mereka kepada melakukan jenayah tanpa disedari.

Trailer Filem Radhi Rudy Bin Dadu
 

Ulasan