Teaser dan Poster Love In The Moonlight

poster love in the moonlight
Poster untuk drama korea terbaru; Love in the Moonlight

Drama korea yang akan disiarkan bermula dari 22 Ogos 2016 ini menggandingkan Park Bo-gum dan Kim Yoo-jung sebagai hero dan heroin. Mengisahkan perjalanan hidup seorang putera raja dan bakal pewaris takhta, Lee Yeong dan seorang peremuan bernama Hong Ra-on yang menyamar sebagai penasihat lelaki yang tahu mengenai wanita dan cinta.

Selain Park Bo-gum dan Kim Yoo-jung, drama ini turut dibarisi oleh Jinyoung sebagai Kim Yoon-Sung, Chae Soo-bin sebagai Ha-yeon, Kwan Dong-yeon sebagai Kim Byung-yeon, Kim Seung-soo sebagai King Sunjo dan Jung Hye-sung sebagai Princess Myeongon.

Drama arahan Kim Sung-yoon adalah berdasarkan web novel yang ditulis oleh Yoon Yi-soo dengan tajuk Moonlights Drawn by Clouds. Drama ini akan mempunyai 18 episode dan akan disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa.

Boleh tengok video english subtitle love in the moonlight korean drama teaser kat bawah ni;

Ulasan