Tayangan Filem Box Office Sempena Hari Merdeka ke-59

TGV dan GSC akan membawakan beberapa filem box-office dan bakal ditayangkan kembali di pawagam terpilih untuk para peminat sempena sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini. TGV memilih 8 filem iaitu Polis Evo, Boboiboy the Movie, Munafik, God Of Egypt, London Has Fallen, Line Walker, Sultan dan Dilwale manakala GSC hanya menayangkan kembali filem Ola Bola.

Promosi tayangan 8 filem box-office di TGV


Promosi daripada TGV iaitu Merdeka Movie Mania adalah lebih lama iaitu daripada 27 Ogos hingga 18 September 2016 dan sebanyak 17 pawagam telah dipilih untuk tayangan 8 filem. Harga tiket hanya RM5, jadi bolehlah lawati laman web TGV (pautan: tgv) untuk info lanjut mengenai promosi ini.  

Daripada GSC pula adalah peluang untuk berjumpa dengan para pelakon yang terlibat dalam filem Ola Bola antaranya JC Chee, Saran Kumar dan Syahir. Dengan harga RM60, ianya merangkumi dua tiket ke tayangan istimewa Ola Bola di GSC Midvalley pada 30 Ogos 2016, Produk 57 T-shirt, Popcorn kombo dan peluang menemui bintang filem ini.

Promosi tayangan filem Ola Bola oleh GSC
 
Filem munafik mencatat kutipan filem tertinggi di Malaysia iaitu 19.00 Juta diikuti oleh filem animasi Boboiboy The Movie dengan kutipan 17.48 Juta. Polis Evo berada di tempat ketiga dengan kutipan sebanyak 17.47 Juta dan Ola Bola dengan kutipan 15.85 Juta di belakang filem The Journey. Keempat-empat filem ini juga bakal bersaing di Festival Filem Malaysia ke-28 pada bulan september nanti.

So, jangan lepaskan peluang untuk saksikan tayangan filem-filem ini sempena Hari Merdeka Tahun ini. Kalau nak menang merchandise dan tiket tayangan perdana ke filem animasi hollywood terbaru iaitu The Secret Life of Pets pun ada peluang lagi, klik pautan ni. 

Ulasan