Superman Dengan Sut Bewarna Hitam

A photo posted by Henry Cavill (@henrycavill) on

Kita semua dah dapat teaser trailer mengenai watak-watak yang bakal muncul dalam filem Justice League pertama, cuma watak Superman sahaja tak tahu apa kisahnya. Dalam scene terakhir Superman vs Batman, kita tahu yang semua watak lain dah tanam Superman sebab ingatkan dia dah meninggal, tapi kita dapat lihat yang tanah disekeliling coffin superman terangkat secara slow-motion

Pelakon watak Superman iaitu Henry Cavill telah post satu gambar di instagram yang menunjukkan close shot sut superman terbaru yang bewarna hitam. Selalunya Superman pakai sut warna biru. Jadi pelbagai spekulasi teleh dikeluarkan oleh peminat-peminat setia siri ini.

1) Gambar ini merupakan filter black and white photo. Aku pun rasa ini sebenarnya! 
2) Superman sut hitam pernah muncul (dalam dunia komik) selepas dihidupkan kembali selepas tewas kepada watak Doomsday. Nampak sama kan situasi ni.

Selain watak Superman oleh Henry Cavill, filem Justice League juga dibarisi oleh Batman (Ben Affleck), Wonder Woman (Gal Gadot), The Flash (Ezra Miller), Cyborg (Ray Fisher), Aquaman (Jason Momoa) dan Pesuruhjaya Gordon (J.K. Simmons). Watak villain dah confirm Steppenwolf, namun pelakon yang memegang watak tersebut masih dirahsiakan. Justice League Part 1 bakal ditayangkan pada 17 November 2017.

Ulasan