Poster Drama Lara Terindah Lakonan Nelydia Senrose dan Nazrief Nazri

Poster Lara Terindah
Poster Drama Lara Terindah di TV3

Drama Lara Terindah akan mula ditayangkan pada cuti Hari Merdeka iaitu 31 Ogos 2016. Drama terbitan Orangetree Production hanya mempunyai 14 episod dan semua episod sudah boleh ditonton di tonton.com.my. Drama Lara Terindah akan menggantikan drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Di poster sendiri dapat kita lihat pelakon utama drama Lara Terindah ialah Nelydia Senrose dan Nazrief Nazri. Nelydia Senrose akan memegang watak Elena manakala Nazrief Nazri pula memegang watak Razlan. 

Razlan seorang yang tidak percaya kepada alam rumah tangga dan melayan semua perempuan tanpa rasa hormat. Dia dalam misi menjatuhkan kedudukan Elena kerana menganggap Elena adalah punca dia kehilangan projek-projek besar. Satu kejadian merubah segalanya dan Razlan mula jatuh hati terhadap Elena.

Selain dua watak utama, drama Lara Terindah turut dibintangi oleh Nonny Nadirah sebagai Nisa, Bil Azali sebagai Ali, Hafeez Mikail sebagai Faiz, Jasmin Hamid sebagai Datin Liza, Rahim Omar sebagai Dato Kamal, Mustaqim Bahadon sebagai Azim dan Ika Nabella sebagai Lela.

Drama Lara Terindah diarahkan oleh Azmi Hata, hasil tulisan skrip oleh Mohd Azmy Ariff. Lagu tema (baca; OST) drama ini ialah lagu seindah mimpi dinyanyikan oleh Jacyln Victor. Drama Lara Terindah bakal ditayangkan di slot akasia tv3, setiap hari isnin hingga khamis jam 6.58 malam.

Update Poster Drama Lara Terindah.

poster drama lara terindah tv3 akasia
Lara Terindah TV3 Poster
 

Ulasan