Poster dan Trailer Movie I.T. Lakonan Pierce Brosnan

poster I.T. 2016 movie
Movie terbaru Pierce Brosnan, I.T.

Selain Pierce Brosnan, filem ini turut dibarisi oleh Anna Friel, Stefanie Scott, Michael Nyqvist, James Frecheville, Clara-Hope Ashitey, Jason Barry, Adam Fergus, Bruce Johnson, Rico Simonini, David Mcsavage dan Austin Swift.

Sinopsis Movie I.T.
Filem I.T. ini mengisahkan Mike Reagen (lakonan Pierce Brosnan), seorang ayah yang mempunyai isteri dan anak yang cantik dan kerjaya yang diidamkan. Namun segalanya berubah apabila hubungan professional antara Mike dan Ed, penasihat IT untuk keluarga dan syarikatnya digunakan Ed untuk menghapus segala kepunyaan Mike. Berdepan dengan penjenayah teknologi yang mampu mengubah semuanya hanya dengan satu 'klik', Mike harus mencari penyelesaian bagi menyelamatkan keluarganya terus dihancurkan Ed.

Tarikh tayangan filem ni adalah pada 23 September 2016 di US. Kat Malaysia, tak tahu lagi sama ada tayang atau tak? Kita nantikan sahaja, sambil tu jom tengok trailer kat bawah ni;


Ulasan