Poster dan Teaser Mat Moto Otai Arahan Ahmad Idham

poster mat moto otai
Poster rasmi filem Mat Moto Otai

Filem Mat Moto Otai ini dibarisi oleh empat tunjang utama yang merupakan pelakon-pelakon yang telah lama dalam industri iaitu Dato' Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Cat Farish dan Opie Zami. Tajuk pun Mat Moto, mestilah mengisahkan dunia permotoran. Tak tahu lah sama ada filem permotoran ni boleh success ke tidak? Sebab kebanyakkan asyik flop je di pawagam, tapi still banyak pengarah Malaysia yang buat filem tema permotoran. Tahun ini, hanya filem Mat Moto Bukan Mat Rempit sahaja yang berjaya melepasi kutipan angka satu juta (sehingga Julai 2016).

Empat pelakon utama filem Mat Moto Otai pasti bakal menarik peminat-peminat mereka ke pawagam setelah agak lama tidak terlibat dalam mana-mana projek. Selain empat pelakon utama tersebut, filem ini turut dibantu oleh Jue Aziz, Maznah Zolkifli, Wan Sharmila, Sasha Saidin, Hairul Asri, Muhamad Rieefqie Shah, Anis Shahfri, Norzalina Mohamad dan Izzy Reef.

Filem Mat Moto Otai diterbitkan oleh AIFA Motion Pictures, di bawah arahan Ahmad Idham dan Rosli Mohd Taib. Skrip sepenuhnya ditulis oleh Subroto Katimin, Opie Zami juga terlibat di sebalik tabir sebagai penyunting filem.

Filem ini bakal ditayangkan di seluruh negara bermula pada 6 Oktober 2016. Teaser Mat Moto Otai 2016 boleh tonton bawah;


Update Trailer Mat Moto Otai


Profil Filem Mat Moto Otai

Bahasa : Melayu
Studio : Aifa Motion Pictures dan iMovie
Pengarah : Ahmad Idham dan Rosli Ahmad Taib
Skrip : Subrato Katimin
Penyunting : Opie Zami
Jurukamera : Mohd Shahreel 
Juruaudio : Mohd Rashid Othman
Pengarah Seni : Hasnor Musa
Tatarias : Jamal Mohd
Penerbit Eksekutif : Jameah Abdul Aziz
Pelakon : Dato' Eizlan Yusof, Ahmad Idham, Cat Farish, Opie Zami, Jue Aziz, Maznah Zolkifli, Wan Sharmila, Sasha Saidin, Hairul Asri, Muhamad Rieefqie Shah, Anis Shahfri, Norzalina Mohamad dan Izzy Reef.
Tarikh Tayangan : 6 Oktober 2016

update Sinopsis Mat Moto Otai

Mengisahkan empat sahabat yang sudah mencecah usia 40-an yang dahulunya menggilai dunia permotoran. Mereka merindui aktiviti tersebut tetapi keinginan tersekat sejak berkeluarga. Empat lelaki berkenaan akhirnya kembali berjinak-jinak bergelar mat motor dan belagak seperti anak-anak muda kerana diabaikan isteri masing-masing yang sibuk dengan kerjaya.

sumber sinopsis : kosmo

Ulasan