Poster dan Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis Di TV9

drama nek mis
Poster drama terbaru bertajuk Rintihan Nek Mis.

Poster drama Rintihan Nek Mis terbitan Primeworks Studio di bawah arahan Amie Maziah dan pun dikeluarkan oleh TV9. Boleh tengok barisan pelakon-pelakon utama drama ini, aku sukakan tagline kat poster tu; Saat Kerinduan Mengatasi Segalanya' 

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis

Oleh kerana kesibukan bekerja, Helmi dan Shida menyerahkan anaknya, Karmila kepada Nek Mis untuk dijaga. Hubungan Nek Mis dan Karmila sangat rapat, tetapi pada suatu hari, Helmi didapati mati lemas semasa memancing. Manakala isterinya, Shida telah berpindah ke rumah bapanya, Encik Ismail dan membawa Karmila dengannya.

Permintaan Nek Mis untuk berjumpa dengan cucunya dilarang oleh Encik Ismail. Encik Ismail tidak suka kepada Nek Mis, kerana perkahwinan Shida dan Helmi dulu tidak direstui olehnya. Dia juga menuduh Nek Mis kerana Shida menjadi janda pada usia yang muda.

Nek Mis melakukan pelbagai cara untuk berjumpa dengan cucunya malah dia juga menuntut hak penjagaan ke atas Karmila, sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. Walau bagaimanapun, ada sahaja cabaran yang harus diharungi oleh Nek Mis tetapi Nek Mis tidak pernah berputus asa berusaha untuk bertemu kembali dengan cucu kesayangannya.

Tidak lama selepas pemergian suaminya, Shida menjalinkan hubungan cinta bersama Haikal, yang merupakan Penyelia Tapak di syarikat pembinaan bapanya. Perhubungan ini direstui oleh Encik Ismail kerana Encik Ismail amat mempercayakan Haikal.

Lama kelamaan, Shida mula mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Karmila. Nek Mis tidak berputus asa untuk menuntut hak penjagaan dan mengambil Karmila untuk tinggal bersamanya. Pada suatu hari, Karmila pergi menghilangkan diri dan apakah tindakan Nek Mis dalam menangani kes kehilangan Karmila ini?

OST Drama Rintihan Nek Mis 

Ost drama Rintihan Nek Mis ini hanya teaser sahaja, full version belum keluar lagi. Lagu Sampai di akhir cerita ini dinyanyikan oleh Min Yasmin dan Rahayudean. Komposer lagu ini adalah Julfekar.

Drama Rintihan Nek Mis membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Normah Damanhuri, Idzham Ismail, Hanna Aqeela, Duerra Matilda, Ryzal Jaafar, Faye Kusairi, Sharifah Shahora, Rahim Jailani dan Faeiz Affandi. Drama ini bakal bersiaran bermula 23 Ogos 2016, setiap hari selasa hingga ahad, jam 8.30 malam di TV9 (baca: slot Azalea). Jangan lupa untuk tonton ye!

Ulasan