Poster dan Trailer One Piece Gold Anime Movie


One Piece telah mengeluarkan movie baru yang digelar One Piece Gold. Dari trailer dengan english subtitle dan tajuk pun dah boleh agak musuh terbaru Luffy dan krew budak topi jerami tentulah mempunyai kuasa untuk mengawal emas. Animasi filem ni pun nampak sangat baik berbanding anime one piece. Anime one piece dah episod berapa sekarang yea? Lama dah tinggal. 


Poster untuk One Piece Film Gold;

Poster One Piece Gold Anime Movie
One Piece Movie Gold 2016 Poster

Poster One Piece Gold Anime Movie
One Piece Film Gold Anime Movie 2016 Poster

Berlatar negara Gran Tesoro, sebuah negara dengan nama jolokan "The Greatest Entertainmant City" Luffy dan krewnya bertemu dengan pemerintah negara tersebut iaitu Gild Tesoro. Gild mempunyai pengaruh yang sangat besar dengan kekayaan yang dimiliki. Macam filem dan anime One Piece sebelum ni, tentu ada rahsia tersembunyi di sebalik negara Gran Tesoro.

Filem baru One Piece ni akan ditayangkan di Jepun bermula 23 Julai 2016 dan bagi peminat siri One Piece di Malaysia, bolehlah ke pawagam pada 8 September 2016. Namun hanya pawagam GSC tertentu sahaja yang ada tayangkan, boleh rujuk laman web GSC untuk info lanjut.

Ulasan