Filem : Gila Gila Remaja 2

Salam. Selepas filem Azura 2012 dan Adik Manja difilemkan semula, kini giliran filem tersohor lakonan Faizal Hussein dan Rosyam Nor, gila gila remaja difilemkan semula kepada Gila Gila Remaja 2. Filem ini bakal ditayangkan pada 21 Mac 2013.

Faralyna Idris, Hairul Azreen, Watak Utama, Gila Gila Remaja
Faralyna Idris dan Hairul Azreen : Watak utama filem Gila-Gila Remaja 2

Sinopsis Filem Gila-Gila Remaja 2 :
Afiq ( Hairul Azreen ) seorang remaja kaya yang gilakan lumba motor dan tarian, bertemu dan jatuh cinta dengan Lisa ( Faralyna Idris ), gadis biasa dari keluarga sederhana. Haikal ( Fizz Fairuz ) merupakan abang kepada Lisa yang sangat melindungi adiknya. Layan trailer macam best filem ni.

Trailer Filem Gila-Gila Remaja 2 :



Filem ni sekali lagi menggandingkan Fizz Fairuz dengan Hairul Azreen selepas kejayaan filem Hantu Kapcai. Dengan durasi filem 100 minit, filem genre aksi komedi ini turut dibintangi oleh Faralyna Idris, Taiyuddin Bakar, Satiya, Hanis Kamal, Bella Dally, Kay AF dan Aida Jebat AF. Untuk maklumat lanjut boleh cek official facebook page Gila-Gila Remaja 2 2013.

Hairul Azreen, Faizal Hussein, Lumba Motor, Racing
Hairul Azreen dan Faizal Hussein dalam Gila Gila Remaja 2

Fizz Fairuz, Taiyuddin Bakar, Faralyna Idris, Makan Jagung, Jagung Rebus
Fizz Fairuz, Faralyna Idris dan Taiyuddin Bakar dalam Gila-Gila Remaja 2
Hanis Kamal, Watak Jahat Gila Gila Remaja 2
Hanis Kamal dalam Gila Gila Remaja 2

OST Filem Gila-Gila Remaja 2 :

Lagu nyanyian Lan Kristal bertajuk "Saat Itu".



Lirik Lagu Saat Itu : Lan Kristal

Ohh..
Saat itu kukenali dirinya
Bagai cahaya mimpi
Saat itu kulihat wajah dia
Tak mungkin ku lupakan

Cinta itu mula bersaksi
Apabila ku mengasihani
Janganlah kau kasih menyendiri
Aku masih tetap di sini

Oh kekasih aku tetap rindumu
Meskipun kau jauh
Antara ku dan juga dengan kamu
Hatikan bersatu

Tinggalkan sisa-sisanya
Tinggalkan segala-galanya
Derita kau lama
Takkan merubah yang ada

Kasihku cuba kau dengarkan
Apa yang mahu kukatakan
Padamu cinta yang tak bermaya

Ulasan

Anon berkata…
Macam tak best je. Buat review macam best gilaa. Huhuhu
Tanpa Nama berkata…
Agak2 la bro. Admin, ko buang komen dia ni.
Hahara berkata…
Admin, knp ko tak lyn komen diorg??
Semangat sikit.