Sememangnya
blogging satu perkara yang sangat mengujakan terutama bagi mereka yang baru
bermula. Macam aku jugak di awal masa belajar membuat blog dulu. Macam
kehidupan manusia, yang semakin membesar dari satu hari ke hari yang lain,
blogger juga sama – berubah hasil pengalaman dan pelajaran!
![]() |
image sources here |
1. Semangat
Berkobar-Kobar
Pertama kali di
mana semangat untuk blogging sangat tinggi. Tak sabar untuk buat entry
pertama dalam blog yang baru di bina. Dalam semangat yang tinggi ni, macam-macam perkara yang selalu kita tengok
macam;
- Satu hari, ada dalam 3 atau 4 post
baru yang dikeluarkan.
- Menggunakan segala widget, plugin
yang ada.
- Layout dengan template blog berubah
je dari hari ke hari.
2. Check Statistik
Blog
Perkara pertama
yang dibuat oleh blogger adalah check statistik blog. Memang akan check
statistik blog dulu sebelum nak post apa-apa. Memang dah nature manusia yang
nakkan result yang bagus dalam buat sesuatu perkara.
Jadi setiap jam
kita akan check statistik blog.
Bila dapat
pelawat lebih dari seorang pun dah cukup riang gembira. Tapi kebanyakkan bila
baru buat blog, selalunya takkan ada pelawat yand datang, terus rasa kecewa dan
putus asa. Sebenarnya di awal pembinaan blog, sangat penting untuk hiraukan
statistik blog, tapi sebagai blogger – apa boleh buat, check statitistik blog
umpama satu addiction. Cara mudah untuk naikkan statistik blog di awal
blogging adalah seperti;
- Komen di blog orang lain.
- Jerit di shoutbox orang lain.
- Follow blog orang lain.
- Masuk segmen/projek/tag yang
dilakukan oleh blogger lain.
3. Gila Ber”iklan”
Bila blog dan
lawa, statistik pengunjung pun dah ok sikit. Mula la nak buat duit dengan blog
apabila baca yang blog mampu menjana pendapatan. Lagi-lagi baca blog hebat-hebat
yang tulis pasal income diorang dari blog – mahu terbeliak bijik mata!
Kalau di
malaysia, memang ramai yang prefer nuffnang, nuffnang memang terbaik dan
pembayarannya pun memang lebat kalau pandai caranya. Ada jugak yang cuba
adsverlets, mangga ads dan macam-macam lain pengiklan yang lain.
Bukan tu sahaja,
iklan pulak ada banyak jenis – cpt, cpc, cpr?, cpm dan sebagainya lagi. Sebagai
blogger yang baru belajar, memang akan cuba semuanya dan bila tengok hasil.
Memang kecewa gila, tak sampai pun 50 sen.
Ini antara 3
perkara yang patut dirasi oleh mereka yang mula bergelar blogger. Kalau dah
lama tu mungkin dah tahu apa yang ditulis di blog, dah ada matlamat dan tujuan,
dan ada readers sendiri.
Macam mana pulak
pengalaman korang masa mula-mula buat blog dulu?
Ulasan
fokus memang perlu
hikhik
memang kelakar la kan..tapi itulah yang buat semngat nak teruskan berblog...huhu