3 Fasa Blogger Baru Yang Tak Patut Terlepas!


Sememangnya blogging satu perkara yang sangat mengujakan terutama bagi mereka yang baru bermula. Macam aku jugak di awal masa belajar membuat blog dulu. Macam kehidupan manusia, yang semakin membesar dari satu hari ke hari yang lain, blogger juga sama – berubah hasil pengalaman dan pelajaran!

image sources here


1. Semangat Berkobar-Kobar

Pertama kali di mana semangat untuk blogging sangat tinggi. Tak sabar untuk buat entry pertama dalam blog yang baru di bina. Dalam semangat yang tinggi ni, macam-macam perkara yang selalu kita tengok macam;

  • Satu hari, ada dalam 3 atau 4 post baru yang dikeluarkan.

  • Menggunakan segala widget, plugin yang ada.

  • Layout dengan template blog berubah je dari hari ke hari.

2. Check Statistik Blog

Perkara pertama yang dibuat oleh blogger adalah check statistik blog. Memang akan check statistik blog dulu sebelum nak post apa-apa. Memang dah nature manusia yang nakkan result yang bagus dalam buat sesuatu perkara.

Jadi setiap jam kita akan check statistik blog.

Bila dapat pelawat lebih dari seorang pun dah cukup riang gembira. Tapi kebanyakkan bila baru buat blog, selalunya takkan ada pelawat yand datang, terus rasa kecewa dan putus asa. Sebenarnya di awal pembinaan blog, sangat penting untuk hiraukan statistik blog, tapi sebagai blogger – apa boleh buat, check statitistik blog umpama satu addiction. Cara mudah untuk naikkan statistik blog di awal blogging adalah seperti;

  • Komen di blog orang lain.

  • Jerit di shoutbox orang lain.

  • Follow blog orang lain.

  • Masuk segmen/projek/tag yang dilakukan oleh blogger lain.

3. Gila Ber”iklan”

Bila blog dan lawa, statistik pengunjung pun dah ok sikit. Mula la nak buat duit dengan blog apabila baca yang blog mampu menjana pendapatan. Lagi-lagi baca blog hebat-hebat yang tulis pasal income diorang dari blog – mahu terbeliak bijik mata!

Kalau di malaysia, memang ramai yang prefer nuffnang, nuffnang memang terbaik dan pembayarannya pun memang lebat kalau pandai caranya. Ada jugak yang cuba adsverlets, mangga ads dan macam-macam lain pengiklan yang lain.

Bukan tu sahaja, iklan pulak ada banyak jenis – cpt, cpc, cpr?, cpm dan sebagainya lagi. Sebagai blogger yang baru belajar, memang akan cuba semuanya dan bila tengok hasil. Memang kecewa gila, tak sampai pun 50 sen.


Ini antara 3 perkara yang patut dirasi oleh mereka yang mula bergelar blogger. Kalau dah lama tu mungkin dah tahu apa yang ditulis di blog, dah ada matlamat dan tujuan, dan ada readers sendiri.

Macam mana pulak pengalaman korang masa mula-mula buat blog dulu?   

Ulasan

Zaidi Gue&Ajil berkata…
Pengalaman saya ketika pertama kali membuat blog adalah jantung berdenyut kencang sekali ganda pada minit pertama saya menaip entry pertama.
Unknown berkata…
Kali pertama berblogging.. errmmpp.. x terkata.. bila rasa blog yg di hasilkan cantik.. hikhikhik...
ecadwinkyasha berkata…
6bulan pertama berblog...dlm nuffnang ada rm0.45 sahaja.lucu gk la bila kenang masa mula2 berblog...tpi smpai skrg masih tgk stats...sbb nak kejar UV kan....nak maintain iklan exabytes.hahaha
Azuan berkata…
@Eca Dwinky Asha

memang kelakar la kan..tapi itulah yang buat semngat nak teruskan berblog...huhu
Unknown berkata…
Saya tetap bersemangat wlupun blog sya x sehebat mana.org yang mai blogwalking pun sebanyak mana..huhu..semangat itu penting.:)